Thursday, October 11, 2012

-: Ubah Fikiran :-

Assalamualaikum


eMotivasi: Ubah Fikiran

Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsia...
nya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk, sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan "Hukum Sebab dan Akibat".

1 comment:

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)