Saturday, October 13, 2012

-: Merendah diri dgn kelebihan yg ada :-

Assalamualaikum


Tidak salah merendah diri jika miliki kelebihan

Daripada Abu ad-Darda Uwaimir, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Carilah untukku orang yang lemah, maka sesungguhnya kamu diberi pertolongan dan rezeki dengan (adanya) orang yang lemah (di kalangan kamu). (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang baik)

Islam memberi kedudukan yang istimewa kepada orang yang lemah dan tidak bernasib baik dalam masyarakat dengan menjadikan mereka sebagai sumber mendapatkan kemenangan serta rezeki daripada Allah SWT.
Tanpa wujudnya golongan yang lemah, maka tidak akan wujud golongan yang berkedudukan, orang kaya dan mereka yang berpangkat dalam masyarakat.

Orang yang kuat itu istimewa dengan keberaniannya dan orang yang lemah itu istimewa kerana ikhlasnya serta tawaduk yang menyebabkan turunnya pertolongan Allah.

Daripada Musab bin Abu Waqas katanya: Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain. Maka Nabi SAW bersabda: Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (di kalangan kamu). (Riwayat Bukhari)

Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik.

Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)