Wednesday, August 29, 2012

-: Sabar kecantikan rohani :-

Assalamualaikum

Nikmat ketenangan hidup jika berjaya kawal nafsu amarah
Boleh dikatakan setiap manusia berkeinginan supaya kelihatan cantik dan tampan. Kebiasaannya untuk mencantikkan diri, mereka menggunakan alat kecantikan. Cukupkah kecantikan dan ketampanan luaran (jasmani) saja tanpa dihiasi kecantikan dalaman (rohani)?

Aspek penampilan luaran tidak memadai jika tidak dihiasi kecantikan dalaman. Malah, Allah SWT tidak mengambil kira aspek penampilan luaran dalam menilai sama ada seseorang itu baik atau sebaliknya.

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras (penampilan) dan harta benda kamu, tetapi (Dia) melihat kepada hati dan amalan kamu”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras (penampilan) dan harta benda kamu, tetapi (Dia) melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Jelas di sini seseorang manusia itu lebih kelihatan cantik dan tampan jika penampilannya dihiasi kecantikan dalaman (akhlak). Terdapat pelbagai jenis kecantikan dalaman dan salah satu daripadanya adalah menghiasi diri dengan sifat bersabar.

Sabar adalah suatu mujahadah mendidik nafsu yang berada dalam diri seseorang. Apabila nafsu berjaya dididik dan sifat sabar berkembang dalam diri, maka dia akan mendapat nikmat ketenangan daripada Allah SWT. Apabila diri tenang, setiap perkara dilakukan kelihatan cantik dan tersusun.

Kesabaran diterima Allah SWT adalah sabar setelah mendapat sesuatu ujian. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang reda di atas kematian tiga orang anaknya, baginya satu benteng yang kukuh daripada api neraka. Bertanya Abu Zar: Ya Rasulullah, aku telah reda di atas kematian dua orang anakku. Jawab Nabi SAW: Ya, walaupun dua orang. Selepas itu, bertanya pula seorang sahabat bernama Ubai bin Ka’ab: Ya Rasulullah, aku telah reda di atas kematian seorang anakku. Jawab Rasulullah SAW: Ya, walaupun seorang, tetapi dengan syarat ganjaran itu akan diperoleh mereka yang sabar ketika mula-mula ditimpa musibah.” (Riwayat al-Tirmizi)
Selain itu, kisah sabar ini boleh dilihat daripada kisah Ummu Salamah yang diuji dengan kematian anaknya. Dia reda dan hanya mengharapkan ganjaran Allah SWT semata-mata dengan pemergian anaknya itu.

Kesabaran itu juga membolehkan Ummu Salamah tenang menyiapkan segala persiapan untuk persemadian anaknya. Dimandikan, dikafankan dan ditempatkan di pembaringan. Setelah suaminya pulang dan bertanya mengenai anaknya, dia hanya menjawab dengan tenang anaknya baik-baik saja dan melayan suaminya dengan baik.

Setelah itu, dengan penuh hikmah dia menceritakan kisah sebenar tentang kematian anaknya itu. Hasil daripada kesabaran yang ditanggung oleh Ummu Salamah dan suaminya itu, mereka dikurniakan anak-anak yang ramai. Semuanya menjadi orang yang alim.

Seseorang yang tidak sabar, sikap itu akan mudah terserlah terutama ketika menghadapi saat-saat sukar. Misalnya, ketika berada dalam kesesakan jalan raya, seseorang itu sering marah dan mencaci pemandu lain.

Tidak kurang juga yang mudah melenting apabila dirinya ditegur. Dia akan memarahi kembali orang yang menegurnya itu.

Seseorang itu akan kelihatan lebih cantik dan tampan jika sifat sabar ini tumbuh subur dalam diri. Ia bukan saja menyerlahkan kecantikan dan ketampanan, malah mendapat rahmat serta kasih sayang daripada Allah SWT. Oleh itu, bersabarlah apabila diri dikhianati, disakiti dan dimarahi.


-: Damia nga hair band yg kiut...(",) :-

Assalamualaikum


Pg ni ade appointmnt nga Dr Razif kat KMC
arini las titik rotavirus Damia utk 6 bulan...lps ni xde dah
Alhamdulillah...stakat ni Damia xde pape lg...dia sentiasa hepi n sihat walafiat
harap2 dia xdela demam ke ape ke,sbbnye ssh kn kwen PJJ ni...huhu
sampai2 je KMC,kaunter ckp regis je..kne dtg balik kul 230ptg...Dr da kua lunch
kami lambat sampai KMC sbb incit hubby terpaksa kua g beli strika baru
yg duk ade tu baru gak beli...da kene rembat nga penyamun
aku rasa la kn penyamun tu menyamun laki bini kot
sbbnye hair dryer aku,helmet,frame ayat Kursi,blender abes dia kebas
memg dasar penyamun btol org tu...heeee,trukkn
harap penyamun tu cepat2 la insaf sblm tlambat

muka Damia yg ngah xde mood..time ni tghr kn
so,panas terik la
sementara nak tunggu Dr masuk kul 230
kami sempat beraye kat umah BIL yg 1st
tunggu sampai kul 230,solat siap sume dkt2 kul 3 gerak ke KMC
sementara tu sempat singgah jap kat kdai brg2 bby
saje belikn walker Damia utk letak kat umah bby sitter










ni beli hair band kat Damia
saje nak carikn yg bunga besar tu je
alih2 bdk kedai tu suggest yg ni
dia btau ade bby contest
memula nak jgk masuk...tp las2 xdan ms plak nk g balik kedai tu
xpela,next time la ye syg...(^__^)


korg tgok tu....comel x?
hehehe...

mata dia duk asek ke brooch ibu la tu
lg suke dia kalu kaler merah
nak ditariknye aje brooch tu...tula dia Damia




bambam wey....mcm ank jupun


tutop mulot tu sket okeh
nnt masok lalat..
idong tu da kembang smangkok...ngeeee


6 bulan umo dia da 7.8kg
lenguh Ooo dukung dia lame2
dat y nak kne ade stroller klu nak jenjln..ahakss






duk nunggu doc sempat lg kmi posing...hehehe


ibunye pon sebok nak intprem jgk...
siut jek muka...hahaha




ni lepas g tgok anak mnakan main boling kat pacific
(Kakak,angah,achik,bby)
memula tu janji nga dorg nak main boling skali...alih2 incit hubby xbg lak sbb Damia xde org nak pegang ms main nnt..nak bw blek stroller kete sume da xmuat
penuh muatan sgt2...(ape yg dibw balek pon tatau la)..hehehe


trun bwh jap cari barang2 dapor tuk MIL
esoknye tu umah MIL ade nak wat mkn2 skit
ni kes da xlarat sgt nak dukong Damia
memasing xlarat,so letak jela Damia kat troli tu
dia mcm suke je...hepi la dia dpt duk dlm tu



tgok tu kau..pegg sampai xckup tgn
pegang kuat2 dia,pandai plak tu
lps tu mate pusing sane,pusing sni
da duk dkt brg,tgn tu cpt sgt nak capai brg yg duk ade kat ctu

amboii...sakan nmpak.ayah asek duk shoping brg dpur tuk MIL...hehehe
korg tgok tu,brani da dia lepas2 tgn...amboii
memg Damia ni jnis tatakut ape


haaa..pusing tgok ape lak tu...
ms tu ade bdk lalu kot situ..tu yg dia tgok kot tu

 
penat da jln 1 hr...skg da Zzzzzzzzz...
penat sgt la anak ibu tu ye
sian dia..tdo sampai tenganga mulot,ulat tu mesti ade
sblm tdo dia suke gentel2 sesungut ulat tu...lame2 nnt sendiri senyap2 dia tdo...('',)

Monday, August 27, 2012

-: Damia baru sampai kg...hurey :-

Assalamualaikum

Gbr ni amek ms baru sampai kat kg...hehehe
ms ni jg duk tunggu Fareeda Rania Damia kat Caltex To'uban
dpt kaler gojes lg...last sblom raye huhu







Gediksssss...muahhhh








ni kje si kenit duk nak tarik brooch FNJ la ni
dia suke sgt tarik brooch kalu aku pkai tudung FNJ...tu yg buat aku mls nak pakai
nnt abes kne air liur dia..busyuk..huaaaaaaa


tgok tu...dda kene marah blh wat muka poyo lak..hahaha


nak tarik lg...





-: Doa dalam kehidupan Muslim :-

Assalamualikum

Doa dalam kehidupan Muslim

Lambat atau cepat permohonan dimakbul suatu ujian yang perlu dihadapi
Pada suatu hari, ada orang melihat Abu Abbas al-Mursi sedang dalam keadaan sakit. Orang itu mendoakan supaya Abu Abbas al-Mursi diberi kesejahteraan oleh Allah SWT, akan tetapi Abu Abbas berkata: “Adakah kamu mengira bahawa aku tidak memohon kepada Allah untuk kesejahteraanku? Sesungguhnya aku telah meminta ke sejahteraan kepada-Nya. Sebagai pengetahuanmu, pen deritaanku ini pun termasuk dalam maksud kesejahteraan.”
 
Abu Abbas al-Mursi kembali berkata: “Untuk kamu ketahui, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga memohon kesejahteraan daripada Allah SWT, akan tetapi beliau mati terkena racun. Umar bin Khattab juga memohon kesejahteraan daripada Allah SWT, akan tetapi beliau mati terbunuh. Usman bin Affan juga memohon ke sejahteraan daripada Allah SWT, ternyata beliau mati terbunuh. Begitu juga dengan Ali bin Abi Talib, ia juga memohon kesejahteraan kepada Allah SWT, beliau juga mati terbunuh.”

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan permohonanmu itu"
Justeru, apabila seseorang itu memohon kesejahteraan daripada Allah SWT, maka berdoa dan mohonlah ke sejahteraan menurut apa dikehendaki Allah SWT kerana yang demikian itu paling baik bagi diri seseorang, wa laupun keadaannya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsunya.

Sebagai makhluk atau hamba Allah yang sentiasa dalam serba kekurangan dan kelemahan, sudah tentu kita ber hajat kepada bantuan orang lain yang lebih kaya serta berkuasa daripada kita. Jadi, siapakah yang dapat mem beri pertolongan kepada kita dalam erti kata sebenar nya?

Jawapannya, sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan hanya Allah SWT semata-mata yang benar-benar dapat menolong dan membantu hamba-Nya yang sentiasa me merlukan bantuan.

Oleh itu, kita janganlah sekali-kali berdoa atau me mohon sesuatu pertolongan selain daripada Allah SWT kerana perbuatan sedemikian akan meletakkan diri kita dalam kepompong orang yang melakukan perbuatan syirik yang amat dibenci lagi dikutuk oleh Allah SWT.
Doa adalah suatu ibadah yang besar ertinya dalam kehidupan setiap Muslim, di mana ia mendatangkan manfaat dan faedah untuk dunia mahupun akhirat, menolak atau menghindar dari segala bencana yang sudah atau belum berlaku.

Sabda Rasulullah SAW: “Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku, maka lazimlah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah.” (Riwayat al-Hakim)

Setiap orang dianjurkan untuk berdoa, tetapi tidak semua doa itu akan dikabulkan oleh Allah SWT. Ada yang cepat dikabulkan dan ada pula lambat. Jika lambatnya doa itu dikabulkan oleh Allah SWT, janganlah hendaknya berputus asa.

Firman Allah SWT: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan permohonanmu itu.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Jika Allah SWT tidak mengabulkan permohonan ham ba-Nya itu bukanlah bererti Allah SWT menolak, tetapi berkemungkinan ada kemudaratan terkandung dalam nya yang mencelakakan hamba-Nya, justeru itu peno lakan juga bererti pemberian.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Tiada suatu kuasa selain Dia yang dapat mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada manusia. Oleh itu, Islam mewajibkan umatnya menjuruskan per mohonan, permintaan dan doa hanya kepada Allah SWT.

Memohon sesuatu selain daripada Allah SWT adalah perbuatan yang boleh merosakkan akidah. Tiada satu doa pun yang menjadi tunggak segala ibadah tidak didengar oleh Allah SWT. Namun, doa akan dimakbulkan apabila seseorang itu mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT.

Perlanggaran perintah Allah SWT akan mengakibatkan sesuatu doa itu menjadi sia-sia dan ditolak. Mudah- mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang diperkenankan doa oleh Allah SWT.

Friday, August 17, 2012

-: Perancangan baik satukan keluarga :-

Assalamualaikum


Wasiat jadi amal jariah kepada pewaris harta
Perancangan harta adalah cara membentuk perpaduan kepada sebuah keluarga kerana ini membolehkan pemilik harta membahagi serta memindahkan harta kepada waris dikehendaki berdasarkan objektif ingin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Diriwayatkan oleh Saidina Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap pekerjaan itu perlu wujud objektifnya (niat). Dan bagi seseorang akan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sekiranya dia berhijrah untuk tujuan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, atau hanya sekadar dunia, dia akan mendapat dunia atau hijrahnya untuk tujuan wanita, maka dia akan berkahwin dengannya. Maka hijrah seseorang itu, terhenti pada apa yang dia niatkan.” (Riwayat Bukhari)



Manfaat perancangan harta
Perancangan harta yang dilaksanakan dengan baik akan memberi manfaat besar bukan hanya kepada individu terbabit, juga institusi keluarga Islam secara umum. Perpaduan dimaksudkan dapat dilihat dengan jelas kerana perancangan mempunyai ciri tersendiri serta umum.

Perkara ini memperlihatkan dan menggambarkan satu situasi sihat yang mana semua ahli waris berhak atau tidak akan bersatu padu seterusnya menjadi penggerak ke arah mencapai niat yang dikehendaki.

Pada masa sama, tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang memecahbelahkan keluarga dan keturunan sendiri kerana keengganan menerima atau melaksana perancangan harta.
Siapa sangka perancangan harta juga boleh disifatkan sebagai satu proses penyatuan dengan niat melakukan kebaikan, menghindari perpecahan dan perseteruan dalam kalangan ahli keluarga. Bayangkan keberkatan dan kebaikan yang wujud dengan perancangan dilakukan.



Rancang harta ketika hidup
Ingat, perancangan ini hanya boleh dilakukan ketika masih hidup, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Namun, apabila tiba giliran kita untuk menemui Allah SWT maka ketahuilah bahawasanya berakhirlah juga semua urusan dunia.

Firman Allah SWT: “Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisi-Nya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (hari pembalasan).” (Surah Al An’aam, ayat 2)

Sudahkah kita membuat perancangan membolehkan dan membenarkan kita menjana ganjaran pahala berterusan sehingga hari kiamat? Umat Islam diberi nikmat oleh Allah untuk memilih cara terbaik melakukan amal jariah dan sedekah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Oleh itu, niat membuat perancangan perlu ada terutama dengan harapan dapat memperkukuh serta mempererat perhubungan kalangan keluarga walaupun masih belum boleh dilaksanakan atas sebab tertentu.

Harta kekayaan dan kemewahan dimiliki tidak boleh dijadikan satu bentuk kebanggaan yang melampau sehingga menjadikan kita terlupa kepada objektif atau niat utama mengapa harta kekayaan dicari dan dikurniakan Allah SWT kepada setiap umatNya.


Guna harta untuk kebaikan, pahala
 Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka, dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu).” (Surah al-Qasas, ayat 76)

Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki secara halal tanpa meminta-minta. Kita pula sebagai manusia akan sentiasa berdoa dan berusaha mengumpul harta kekayaan tanpa sekali-kali membelakangkan tuntutan syarak, harta diperoleh digunakan demi kebaikan dan mendapat pahala.

Perkara ini penting dan perlu dijadikan dasar kepada niat mengumpul harta kekayaan kerana manusia mudah lupa seterusnya boleh terjerumus dengan perkara dilarang. Oleh itu, kita perlu tahu objektif atau niat penting kepada umat Islam.


Niat baik dapat ganjaran
Dalam konteks perancangan harta, akan berlaku keadaan ahli keluarga bertukar niat, jika dulu bersetuju dengan perancangan dibuat, tetapi akhirnya sanggup mengabaikan amanah kerana mendahulukan kepentingan diri.

Sedar atau tidak, niat baik, semua perbuatan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT seperti sabda Rasulullah SAW: “Seorang mukmin bisa mendapat pahala dari segala sesuatu (dengan niat yang baik), hingga suapan yang ia masukkan ke mulut isterinya. (Riwayat Ahmad dan lainnya)

Mulai hari ini apa kata kita sematkan dalam jiwa untuk menjadikan perancangan harta sebagai salah satu agenda utama dalam hidup dengan niat membawa kebahagiaan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Bertindak sekarang, jadikan perancangan amal jariah dan sedekah jariah sebagai elemen wajib. Bagi memudahkan perancangan harta, seperti wasiat dan amanah, sila kunjungi 19 cawangan Amanahraya di seluruh negara yang berdekatan.



##jgn amek ringan benda2 mcm ni...dunia skg xkira,adik bradik pon boleh gaduh,bunuh membunuh,pukul memukul,dan yg paling menyedihkan sanggup halau org tua dr rumah semata2 kerana GILER harta org tua sendiri.Dah anta org tua ke rumah bakti/org tua2,blh plak mintak sume harta ditukarkn ke name si anak.Tu la dunia skg.Sanggup berebut harta org tu,tu pun org tuanye msh blom meninggal,klu meninggal nnt xtau la cemane.Manusia jnis mcm ni sanggup bunuh saudara sendiri satu hr nnt.Dia xtakut undang2 dunia,hukum Allah disbbkan oleh terlalu ghairah TAMAK harta dunia.Da tertanam sihat TAMAK dlm diri memg ssh la idup bersaudara.Harap dijauhkanlah dr sifat TAMAK HALOBA##

-: Salam Aidilfitri :-

Assalamualikum

Dikesempatan ini saya norzaliza,ingin memohon maaf seandainya ada salah silap bicara.
Tidak mudah untuk menjaga hati semua orang,walaupun sudah mencuba,
namun pasti ada yang terasa,jika kesilapan semalam belum terampun,
moga diharap maafkanlah...
jika kesilapan hari ini menyakitkan,dengan harapan moga lupakanlah dan jika kesilapan esok mendatang,janganlah dibawa sampai ke akhirat...
Harap ukhwah yang terjalin diberkatiNya.



Ikhlas dr Ixa,Cop & Damia

Thursday, August 16, 2012

-: Aidilfitri rapatkan ukhuwah :-

Assalamualikum

 
Balik kampung, ziarah menziarahi pupuk semangat persaudaraan

Falsafah Aidilfitri untuk merapatkan silaturahim dan persaudaraan sesama umat Islam serta ahli keluarga dapat dilihat melalui budaya balik kampung, ziarah menziarahi serta konsep rumah terbuka yang menjadi budaya masyarakat negara ini.

Pendakwah bebas, Mohd Yaakob Mohd Yunus, berkata kesempatan itu wajar digunakan ibu bapa untuk memperkenalkan anak mereka kepada saudara mara yang jarang berjumpa supaya silaturahim dan ukhuwah terus terpelihara.

Selain amalan ziarah-menziarahi, budaya saling bermaaf-maafan juga menjadi tradisi yang sebati dalam kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri”. - Mohd Yaakob Mohd Yunus, Pendakwah bebas
“Oleh itu ibu bapa perlu mengekalkan tradisi ziarah menziarah ketika Aidilfitri ini dengan membawa anak bersama. Jangan biarkan anak kita berkumpul depan televisyen. Pujuk dan jelaskan kepada mereka hikmah di sebalik kunjungan itu.

“Pastinya kita tidak mahu anak tidak mengenali sepupu, bapa saudara atau ahli kerabat yang lain terutama yang tinggal berjauhan. Adalah malang jika kita sering bersua tetapi tidak mengetahui ada mempunyai hubungan keluarga,” katanya.


Perluas ukhuwah sesama umat


Katanya, selain ahli keluarga, ukhuwah perlu diperluaskan dalam kalangan sesama umat Islam kerana setiap manusia yang beriman kepada Allah dianggap bersaudara seperti firman Allah SWT: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)
Rasulullah SAW turut bersabda: “Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Lantaran itu sambutan Aidilfitri bertujuan merayakan kemenangan kerana berjaya menunaikan kewajipan sebagai hamba yang taat perintah Allah turut diterapkan nilai memupukkan semangat persaudaraan serta mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam.

Mohd Yaakob berkata, cara Rasulullah SAW mengatur solat sunat Aidilfitri di tanah lapang (musolla) berbanding masjid supaya dapat mengumpulkan seramai mungkin umat Islam pada satu masa di satu tempat juga tersirat maksud tersendiri.

“Setidak-tidaknya kita semua boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dari seluruh pelusuk negeri akan berkumpul di satu tempat, menghadap Allah dengan hati penuh khusyuk.

“Bersama membaca kalimat tauhid, solat di belakang imam, bertakbir dan bertahlil berdoa kepada Allah dengan ikhlas. Seakan-akan hati kita terikat menjadi satu, dengan itu hari raya benar-benar bermakna.” katanya.

Makna zakat

Beliau berkata, pensyariatan zakat fitrah bukan saja bertujuan membersihkan mereka yang berpuasa daripada perkara menyebabkan ibadahnya menjadi kurang sempurna disebabkan melakukan perkara sia-sia dan mengucapkan perkataan keji.

Malah, pemberian zakat untuk meringankan beban golongan tidak berkemampuan juga bukti tanda kasih sayang umat Islam kepada saudaranya kerana jika mereka bergembira maka saudara mereka juga berhak menikmati kegembiraan itu. Beginilah Islam mengatur sambutan Aidilfitri supaya hati umat Islam bersatu.

Selain amalan ziarah-menziarahi, budaya saling bermaaf-maafan juga menjadi tradisi yang sebati dalam kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri. Amalan itu mampu menimbulkan rasa kasih sayang dan saling hormat-menghormati.

Saling bermaaf-maafan

Mohd Yaakob berkata, bagi mereka yang sudah lama berbalah boleh mengambil keberkatan Aidilfitri ini untuk mempersatukan semula hati dan memperbetulkan keadaan dengan bermaaf-maafan.

“Semoga suasana meriah dan gembira ketika sambutan Aidilfitri boleh mempengaruhi kotak minda seseorang untuk lebih mudah memaafkan kesalahan pihak lain. Apa pun, umat Islam perlu membudayakan sikap bermaaf-maafan bukan sekadar pada Aidilfitri saja,” katanya.

Beliau berkata, ciri orang bertakwa yang dikasihi Allah ialah bersegera melaksanakan amal baik, mendermakan harta tidak kira ketika senang atau susah, menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.
##mood~~xsabar nak balik kg.Tahun ni kn lain raye lg meriah bersame suami+anak,bertambah sudah ahli keluarga kami##


-: Manjakn sblom g kje n time blik kje :-

Assalamualaikum

mesti korg kata apelah dia ni
org lain pon ade anak jgk....ni x,ari2 duk tempek gbr anak
suke ht akula kn blog aku..hahaha
xdela,saje nak simpan sbgai kenangan di kemudian hari
besar2 nnt Damia blh tgok gbr2 ms kecik dia
sure dia suke gler tgok
skg dia da pandai tgok video dia sendiri
video aku amek ms dia kecik2 dlu..byk gbr nanges
saje nak wat koleksi,nak bg dia tgok ms kecik dia nanges cemane..hehehe




sblom g kje...layan Damia dlu
dukung2
yela,klu x salu la nga dia pepagi ms nak g anta dia ke rumah bbysitter
tp skg xde la,dia duk umah nga aunt dia je
aunt dia jg sbulan ramadhan ni
aunt dia cuti...so,amek pluang la jg Damia..uhuk





bile tarik puting kat mulut dia baru la nampak dia snyum btol2...muahhhhh