Thursday, December 27, 2012

Aku! keSalAHaN, mOhon mAaf per!badi mul!a

Assalamualaikum

Memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang sering kali dianggap sebagai mudah mengalah, tidak kuat pendirian dan dianggap terlalu lembut.

Pada dasarnya, tidak salah merendah diri untuk memohon maaf atas kesalahan dilakukan. Sikap mudah rasa bersalah walaupun terhadap perkara remeh dibenarkan bagi bertujuan membersihkan hati.
Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah kemasyarakatan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)
 
 

Pemimpin telus, jujur
Jika menjadi pemimpin, sifat seperti ini menggambarkan ketelusan dan kejujuran yang ada kaitannya dengan natijah keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Mengakui kesalahan dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan adalah ciri-ciri orang beriman. Meminta maaf bukanlah suatu tindakan yang hina. Malah, mengakui kesalahan adalah tindakan yang berani.

Tidak ramai manusia termasuk pemimpin bersedia memohon maaf di atas kesilapannya. Ini hakikat yang perlu difahami kerana manusia bukanlah makhluk sempurna dan sentiasa terdedah dengan kesilapan.
Namun manusia harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan bagi menjana peribadi yang mulia.

Khalifah Abdul Malik Marwan pernah mengungkapkan mutiara kata iaitu “Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.”

Allah SWT sangat mencintai orang yang memaafkan kerana ia termasuk dalam perbuatan baik kepada manusia. Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik seperti terakam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali ‘Imran, ayat ke-134).
Rasulullah SAW sendiri adalah insan yang mudah memaafkan orang lain. Baginda Rasulullah SAW pernah berdepan dengan perlakuan seorang wanita Yahudi memberi hadiah kepada Nabi berupa daging kambing yang didalamnya mengandungi racun.

Sesungguhnya Nabi sendiri tidak mengetahui akan perkara itu dan memakannya. Selepas mengetahui diri Baginda diracun, Nabi berbekam untuk mengeluarkan racun berkenaan.

Dengan izin Allah, Baginda terselamat lalu dipanggil wanita itu dan ditanya maksud dan tujuannya berbuat begitu kepada Nabi. Ternyata dari jawapannya dia ingin membunuh Nabi. Namun Rasulullah SAW memaafkan wanita itu dan tidak sesekali menghukumnya.

Rasulullah ada bersabda: “Sayangilah makhluk, nescaya kamu akan disayangi Allah dan berilah ampunan nescaya Allah mengampunimu.” (Sahih Al-Adab Al-Mufrad)Islam menuntut umatnya memaafkan orang yang memohon maaf dengan tanpa perasaan prejudis atau pandangan serong.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)
Daripada Abu Hurairah ra menyebut bahawa ada seorang lelaki memberitahu Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku berusaha menyambungnya, namun mereka memutuskan hubungan dengan aku. Aku berbuat kebaikan kepada mereka, namun mereka berbuat tidak baik. Aku bersabar dengan mereka namun mereka berbuat kebodohan terhadapku.”
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Jika benar yang kamu ucapkan maka seolah-olah kamu menebarkan abu panas kepada mereka. Dan kamu sentiasa mendapat pertolongan dari Allah atas (perbuatan) mereka selama kamu di atas hal itu.” (Riwayat Muslim)




Jiwa ikhlas
Orang yang memiliki jiwa yang ikhlas selalunya menghiasi diri dengan kemuliaan dan dalam hatinya sentiasa berusaha untuk menyingkirkan sifat tidak baik.

Nabi Allah Yusuf as adalah antara contoh manusia memiliki jiwa dan keperibadian yang luhur walaupun beliau disakiti saudaranya sendiri dengan dilemparkan ke dalam perigi dan dijual kepada kafilah dagang sehingga berpindah dari satu tempat ke tempat lainnya.

Sebagai balasan diatas kemuliaan hatinya, Allah mengangkat kedudukan Nabi Yusuf sehingga menjadi orang besar yang bertanggungjawab menjaga perbendaharaan Mesir ketika itu.

Justeru, manusia seharusnya mempunyai perasaan rendah hati untuk mengakui kesilapannya. Mereka juga seharusnya bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan bertindak berani membetulkan kesilapannya.
 
 
 
 
Sumber dr beritaharian


Wednesday, December 26, 2012

PeTuA UTk kUl!t aNAk cAnT!k

Assalamualaikum

Petua Untuk Melahirkan Anak Berkulit Cantik
1. Makan 3 hingga 5 biji epal merah setiap hari. Mula amalkan semasa bayi masih di awal kandungan.

2. Jika bayi dalam kandungan sudah berusia 6 bulan atau lebih, minum air kelapa muda seminggu sekali. Tetapi, jangan terlalu kerap meminumnya, dikhuatiri bayi mungkin menjadi lemah.
 
 

Friday, December 21, 2012

HaNcUR bErdeRa! Vs cOklAt Mo!St KukUs

Assalamualaikum


Semalam ms tgh drive otw balek kje,tetiba terpikir plak nak try buat kek pisang...ouchh
kek pisang giteww...
malu plak nak cite kang tua2 baru nak try buat kek pisang,budak2 skolah pon reti buat kek pisang,ni kang budak xreti nak buat.
xkesahla reti buat ke xreti buat kn,janji ade ade keinginan nak mencuba...hehehe
sblom sampai umah,sempat singgah kedai runcit kat depan tu beli pisang & ikan skit tuk dgoreng mkn malam...huhu
sampai2 umah da pkul 6.35ptg,so da agak lewat ckit klu nak truskn buat kek tu
jadinye aku amek pluang la layan my little princess aku ni jap sblom nak solat magrib
tp sblom tu sempat jgk la aku siap2kn bhn2 kek letak atas meja siap,nanti kang senang kje aku trus campur2 je
okla,magrib pon da masuk waktu...so cepat2 aku g ambek wuduk & then trus  solat
nak cepat cemane pon 1 thing yg aku takan lupa ngaji dlu...alhamdulillah sempat ngaji sblm nak truskn kje memBAKING...hehehe
duk tengah2 ngaji,tetiba lak si kecik masuk bilik,dia kalu masuk bilik mesti nak panjat2 aku jgk,pastu mula la dia nak tarik2 quran kat tangan aku.
Da aku xbg,dia pon beralih arah mencari ape kje yg dia bley buat
dia skg memang tangan dia cepat btol amek benda
xsempat aku nak suh adik aku amek dia bw main kat lua,tetiba PANGggggg....hancuer berderai abes powder aku..hukhuk
sadis...seb baik la bedak tu da tinggal ckit masa berderai tu...dia dgn muka xbersalah pandang aku tunduk & kluar dgn sendiri jek...hehehe,notti kan dak kecik tu...




haa....ni la dia jadinye lepas jatuh hasil dari tangan dak kecik tu tarik kat atas meja solek...alahai,nampaknye nak kne claim yang baru dgn ayah damia la ni...hurey...dptla aku bli yg baru... **mukasedeyyangpenuhkasihsayang**




ni plak kes pg ni,aku macam biasa la pagi2 bangun solat subuh dlu baru mandi nak g keje...da biasa ari2 macam tu...hehehe
skang pagi2 pkul 6 dia yg bangun dulu sblom aku,..hehehe,blom bunyik jam lg dia akan bangun dlu.Dia skg da bangun mintak susu
aku tau sgt da tektik dia,klu dia bangun & bunyi mcm dia nak nages skit2 tu maknanye dia nak susu.Lg satu kalu dia bangun n dia trus isap bucu bantal dia kuat2 tu maknanye dia btol2 nak susu la tu...ngeee
ms ni aku tengah2 siap pkai baju nak g kje
dia mcm biase aku akan bg dia susu & letak dia depan tv bg tgok bbyTv dia dlu...kang klu x,dia nak berbelit kat kaki aku je nak suh dokong dia..hahaha
nampak mcm baik punye kang....ni kes lepas mnum susu,asek sgt duk nengok karton kat tv.Nampak x kat mulut dia tu da ade puting.Sebenarnye puting tu aku da letak kat atas meja tv tu...aku mmg xprasan btol bile mase dia bangun amek puting tu...aku tengok2 da melekat kat mulut dia...hehehe,notti kan dak kecik ni
da pandai bangun amek sendiri...cerdik btol otak dia skg....muahhhhhhh




tu dia...elok duduk ,comel jek kan...hahaha
dgn puting duk bertempek kat mulut & dgn bantal busuk dia kat tangan
bile aku panggil nak snap gambar,boley dia wat dek je...hahaha.padan muka
opsssss...oleh kerana nak snap gbr dia yg comel yg dah pandai amek puting dia kat atas meja tv,abes tempe aku hangit...hehehe
so,arini bawa la bekal nasi kicapberlaukkan tempe goreng hangit...muahahaha
sempat la bawa ckit kek coklat moist kukus & kek pisang yg xbrape menjadi kat opismate aku...ngeee,bagi dorang rase skit sorg



meh try sorang skit kek yg xbrape nak menjadi ni...kek budak2 baru blaja,hahaha


Thursday, December 20, 2012

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Assalamualaikum



Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
... 3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


**pastikan niat dihati tu btol utk melembutkn hati suami bkn utk menundukkn suami utk kepentingan diri sendiri.In sha Allah,dgn niat yg baik semuanye akan mendapat keredhaan diberkati olehNya**

Wednesday, December 19, 2012

Amalan dan Petua Rezeki

Assalamualaikum

Amalan dan Petua Rezeki
Boleh dikatakan semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah dan berkat. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa tanamkan niat dalam hati supaya Allah mengurniakan kita rezeki halal, berkat,... mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Rasulullah SAW :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)



Tuesday, December 18, 2012

pOst yg meNyed!hkaN

Assalamualaikum

Xde ape yg nak dtulis
Tersangat2 la BENCI org mcm tu...meluat
kenape ade dlm diri perasaan dengki,iri ht pd org lain?
pelik btol aku,tp agaknye mmg org sane tu berperangai mcm tu kot...hurmmm
yg pasti aku MENCI org xtau menilai org mcm tu....tersangat meluat org kedah kata...hahaha

Saturday, December 15, 2012

Ibadah sambil timba ilmu

Assalamualaikum


Menjejakkan kaki ke tanah suci menjadi impian setiap umat Islam dan pastinya perjalanan menyahut lambaian Kaabah itu memerlukan perancangan teliti.

Justeru, selain keazaman untuk meraih reda Allah, kemudahan melakukan ibadah serta keselesaan sepanjang berada di Tanah Suci antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika membuat perancangan menunaikan umrah atau haji.

 
Jenama Lambaian Kaabah


MASholidays, pengendali pakej percutian Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), dengan pengalaman luas dalam pengendalian perkhidmatan umrah di bawah jenama Lambaian Kaabah sejak awal 1990-an menawarkan pakej umrah yang mampu memenuhi keperluan setiap jemaah.

Menyedari keprihatinan jemaah terhadap keselesaan untuk menunaikan ibadat umrah, MASholidays menyediakan atur cara yang teratur serta profesional.

Pakej Lambaian Kaabah Umrah Firdaus merangkumi pengisian menarik termasuk Modul Khas Cinta Allah dan Rasul, Pemantapan Solat, Kaunseling Keluarga, Motivasi Kecemerlangan Diri dan Rahsia Khusyuk Solat Rasulullah SAW.

Dibimbing pakar motivasi

Lebih menarik, jemaah akan dipimpin oleh pakar motivasi berpengalaman, Datuk Zawawi Yusoh, yang akan membawa jemaah menikmati pengembaraan kerohanian komprehensif melalui pengalaman menunaikan ibadah sambil menuntut ilmu.

Beliau berkata, kursus yang diadakan di Makkah merangkumi kaedah menunaikan solat yang sempurna, bercerita mengenai kisah keluarga dan rumah tangga, menghayati cinta Allah dan Rasul, memberi manfaat berganda kepada jemaah yang mengikuti pakej Umrah Firdaus.

“Sesi pembelajaran yang turut dilaksanakan dalam bentuk permainan interaktif dengan jemaah memberi satu pengalaman baru kepada mereka. Selain dapat menumpukan kepada ibadah, jemaah berpeluang menimba ilmu pengetahuan,” katanya.

Katanya, roh ilmu yang dikongsi sepanjang di Makkah serta Madinah dapat membantu jemaah umrah memahami hikmah di sebalik disyariatkan ibadah umrah seterusnya melakukan transformasi diri ke arah menjadi insan lebih baik sekembalinya ke tanah air.

Pakej Umrah Firdaus pada harga RM6,500 membolehkan jemaah menginap di kediaman empat orang sebilik. Umrah Firdaus juga menyediakan pakej istimewa untuk mereka yang inginkan hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Jemaah yang mengikuti pakej Umrah Firdaus akan diterbangkan terus ke Madinah dan berada di sana selama empat malam sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Jemaah akan berada di Makkah selama tujuh malam.

Selesai Ibadat Umrah jemaah akan dibawa ke Jeddah bagi penerbangan terus ke Kuala Lumpur dengan penerbangan sewa khas MASholidays.


sumber dr Beritaharian




siyes,rindunye nak kesini lg...insyaAllah klu ada rezeki & diizinkn olehNya bulan 3 thn depan akan sampai lg kat sini..amin


Kami ^____^
Alhamdulillah las year pertengahan bulan 3 kami sampai kat sini
semua berjalan dgn lancar,alhamdulillah
tenkiu Allah makbulkn doa hambaMu ini...




Friday, December 14, 2012

Kekang nafsu kawal marah

Assalamulaikum

Sabar, maafkan kesalahan cara terbaik elak permusuhan
Sesiapa saja yang mengalami gangguan emosi akan mudah menjadi marah walaupun kepada perkara remah. Gurauan dan usikan pun boleh mengundang padah jika tidak kena pada masanya, apatah lagi jika ada yang mencurah minyak ke atas bara masih menyala, tentulah apinya menjulang lagi tinggi.

Perasaan marah bukan perkara luar biasa kepada manusia. Dalam dunia penuh cabaran seperti hari ini, setiap insan mendepani pelbagai ujian hidup yang kadangkala perit untuk ditanggung. Pancaroba datang dalam pelbagai bentuk.

 
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" Riwayat Abu Daud

Jika kita tidak menyedari setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji keimanan seseorang hamba, sudah tentulah kita tidak reda dan pasrah dengan kesulitan yang dialami. Itulah akhirnya yang menyebabkan rasa marah menguasai diri mengatasi yang lainnya.

Fitrah manusia
Kita perlu akur bahawa sifat marah memang wujud dalam diri setiap manusia, tetapi ia disediakan sebegitu rupa untuk dimanfaatkan pada masa yang sepatutnya, dengan penuh hikmah dan bijaksana, bukannya penuh nafsu atau membabi buta.

Kepada orang yang beriman, rasa marah boleh dileraikan dengan kesabaran dan itulah yang menjadi perisai dalam menghadapi dugaan, bahkan itulah yang menjadikannya reda terhadap takdir Ilahi. Setiap yang terjadi adalah mengikut perancangan Allah SWT dengan usaha makhluk-Nya.
Orang yang beriman juga tahu marah adalah sifat yang amat dibenci oleh Allah SWT sehinggakan Rasulullah SAW pun berkali-kali menyatakannya.

Sabda Baginda SAW: “Dari Abu Hurairah bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku. Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta Rasulullah SAW memberinya pesanan, tetapi Baginda masih tetap bersabda: Jangan marah.” (Riwayat al-Bukhari)


Punca permusuhan
Walaupun sifat marah memang ada dalam diri setiap makhluk, tetapi sebaik-baiknya ia dielakkan kerana marah boleh menimbulkan permusuhan dan kemudaratan, bukan saja kepada orang lain tetapi diri sendiri.

Lebih buruk lagi jika sifat marah menyebabkan kesusahan kepada masyarakat seluruhnya dan membiakkan dendam yang tidak berkesudahan. Ajaran agama supaya sesiapa yang merasa marah mengambil wuduk untuk menenangkan diri perlulah diamalkan setiap masa.

Malah itulah yang memudahkan huluran maaf, yang akhirnya menyambungkan kembali silaturahim sesama insan.

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada ‘Atiah ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Riwayat Abu Daud)

Atasi kemarahan
Sememangnya perbuatan zalim seperti pembunuhan, rompakan, sumbang mahram dan sebagainya yang dilakukan kepada seseorang boleh menyebabkan kemarahan bukan saja orang yang menjadi mangsa tetapi juga orang di sekeliling yang melihat kejahatan itu dilakukan.

Bukan saja yang boleh dilihat dengan mata kasar, ada kalanya kezaliman berbentuk fitnah yang memecahbelahkan umat Islam, serta boleh menghancurkan kesucian agama. Sudah tentulah keadaan ini menyebabkan rasa marah.

Tetapi seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, yang lebih baik adalah memaafkan perbuatan itu kerana itulah yang kekal dalam pertimbangan Allah SWT terhadap orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji.

Jangan pula kejahatan dibalas dengan kezaliman dan fitnah dibalas tohmahan. Dalam syariat juga kemaafan ada meritnya dalam melonggarkan hukuman jika ia diberikan kepada pesalah, seperti Qasas.

Allah SWT berfirman: “Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya.” (Surah Asy-Syura, ayat 37)

Orang yang terdidik untuk mengawal sifat marah boleh menjauhi dengki dan dendam, buruk sangka, berperasaan buruk terhadap orang lain, bertindak mengikut nafsu dan sabar dengan ujian-Nya.

Sifat sopan, lemah lembut, berkasih sayang, mesra dan pemaaf seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan serta ikutan umat Islam kerana selain menjauhi sifat marah ia juga adalah jalan ke syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Ad-Darda, ia berkata, wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga.” (Riwayat At-Tabarani)


Memaafkan orang lain
Ingatan supaya meminimumkan rasa marah, mudah memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain perlu dihayati setiap masa serta ketika, bukan sewaktu kita sedar yang kita tidak mampu melawan takdir saja.

Jika rasa marah yang mengatasi kesabaran, kita jadikan janji Allah SWT dan nasihat Rasulullah SAW sebagai pengubat hati.
Islam menggariskan cara hidup yang harmoni, aman damai, bersatu padu serta berkasih sayang sepanjang masa, termasuklah kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Demi memelihara maruah dan prinsip agama, perlu sentiasa beringat, jika marah menyebabkan perpecahan, permusuhan dan menghancurkan silaturahim umat Islam maka buanglah rasa marah itu jauh-jauh walaupun sukar supaya kita menjadi umat yang lebih baik.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.


Sumber dr BeritaHarian

Thursday, December 13, 2012

MMS mimik muka

Assalamualaikum


Alhamdulillah,Damia da masuk 10 bulan bln Dis ni...
da besar pon anak dara kami ni
nnt blh la tambah lg...ekeke
insyaAllah,mmg ada jgk perancangan nak tambah lg
tp tguuuuuu dlu...hehehe

tgok ar tuh,muke ngengada dia...hehehe


alolo...wat muka manja plak
masa ni aku panggil dia saje nak snap gbr dia
kononye nak mms kat ayah dia...pandai dia wat muka..muahhhh


wat muka blurrr plak dia...ngeeee


da bosan la dia ibu asek duk snap gbr dia je
mula la dia nak membuas
skg semenjak duk nga makcik dia,hepi btol dia
asek gelak & nak bergurau jek skg
anak hepi,mak senang hati....T_________T


nak jgk amek sepit rambut tu




Asal je bunyi boboiboy,trus paling sampai teleng2 pale
suke sgt dia bunyi tu,bunyi upin ipin pon dia suke
but one thing yg dia paling suke yg salu aku duk prati dr dia kecik sampai skg bile dia dgr AZAN kat tv
mmg dia takan berganjak & mata akan tertumpu je kat tv
ko panggil la dia cemane pon dia takan kalih nengok kite dah....Good Girl bby kecik ni T________________________________T





**Syukur sgt2 dgn kehidupan skg hepi,bahagia...tenkiu Allah**

Monday, December 10, 2012

Imbangi keperluan dunia, akhirat

Assalamualaikum


Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Riwayat Bukhari)

Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Konsep ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan diniatkan kerana Allah.



Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung pada tiga perkara iaitu Islam, ikhlas dan ittiba' (dilakukan sesuai dengan perintah Allah SWT dan mencontohi Rasulullah SAW).


Sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Malah apa yang dimaksudkan dalam hadis sebagai ‘dikalahkan oleh agama’ ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan dirinya seperti mencari nafkah menyara hidup ahli keluarga.

Bertentangan kehendak Islam

Perkara ini ternyata bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam juga menyuruh manusia berusaha gigih mencari penghidupan yang baik di dunia, bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat semata-mata hingga melupakan dunia sedangkan dunia adalah jambatan ke akhirat.

Oleh itu manusia mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat supaya tidak termasuk dalam kalangan orang yang rugi.
Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah dan beramal seperti dituntut agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.

Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.




Sumber koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Beritaharian.com

Friday, December 7, 2012

Tinggal kenangan

Assalamualaikum


Da lamekn aku xbuat n3,da rs mls mls sgt2 da nak berBW...tatau la nape tetibe plak jd mls semcm
ni kisah mgu lepas ms cuti wiken

incit hb saje ajak teman dia ke sabah...sbnrnye dia ade game
dia nak men golf nga bos dia kat sane,so dia ajak teman la
kbtln ms tu adik2 aku ade kat umah,so incit hb pon ajak ler g skali sambil jenjln kat sane
pdhalnye dia saje nak bw adik aku sbb ms dia main golf nnt aku blh jenjln nga adik aku

aritu kami ber2 berpaddle pop..ngeee,sweetkn?ahaks


ktorg duk hotel Le Meridien Kota Kinabalu
ni view dr dlm bilik ktorg...memg bes abes ah
sbnrnye bos incit hb yg tlg book kn tuk kami guna rates gomen...hehehe
dr bilik nampak Sutera Harbour


nampak pulau2 kat dpn pg2 lepas solat subuh aku trus kat cermin tu tgok org duk kalut2 jual ikan kat tempat lapang tu...btol2 diblkg pasar kraftangan
klu dlu2 org panggil pasar tu pasar pilipin...hehehe



Damia khusyuk btol duk tgok org tu duk buat show
kbtln jgk ms ni dia dah ngantok sgt2 dah...tp dia gagahkn jgk tgok show tu
opkos la nyotnyot tu kene lekat kat mulot dia nak bg dia tanak nanges
klu x,dia nak ngamok jek ms ni sbb dia da ngantok
mmg ramai org ms ni

haa....damia duk tgok show ni la
org tu duk main ular
dia kn xpnh tgok,tu yg dia btol2 khusyuk ular tu
tp part yg burung tu dia plg suke tgok sbb kalerful kn
merah suke la dia
aku mati2 ingtkn kelvin tu org lua,rupa2nye org dorg jgk
pttla dia slamber mcm xmarah jek terjatuh dlm kolam tu
mmg lawak gler ms tu...hehehe






lepas show tu,sempat kami snap gbr dkt2 ular tu
ular ni jnis ular albino
ms dorg duk tgh2 show tu,dorg ade jgk naik kat tempt penonton..dia siap lalu depan aku lg
aku ape lg...lari lintang pukang la
aku ni kn bangsa penakut segala binatang..ngeeee
pecah rahsia kn...:)

kami...


kami lg....


dan kami lg...


dengki,nak jgk tarik spek ibu
nnt ibu blikn spek baru tuk adek eh










suke sgt dia mkn eskrem tu sampai comot2 mulut dia
tgok r tuh,duk prati lg eskrem tu...duk tunggu org bg lg




salah 1 hobi damia,suke sgt dia koyak2 tisu


ni la spek mata kesayangan aku
baru pkai brape kali jek,dah ilang
topi tu pon ilang jgk
alkesahnye ms balik dr KK,ms tu kami kat epot LCCT duk tunggu incit hb g amek kete
ms tu da pkul 1030mlm,damia pon da ngamok2 nak mamam
aku lak ngantok gler coz penat sgt kn...
adik2 aku pon duk sabar nunggu kete sampai
lepas2 buat mamam damia,elok jek ms tu jgk kete sampai
aku mnonong jela angkat damia trus masuk kete
beg2 sume adik2 n incit hb yg duk angkat
xsangka plak beg galas aku tertinggal kat kusi tu,mmg xprasan langsong
balik2 sampai umah pon xprasan lg
mmg terdetik diht nak amek duit dlm beg tu,tp da penat sgt...besok jela
pepagi lepas solat subuh tu,aku terdetik nak amek duit dlm beg tu
alangkah terkejutnye aku bile cari2 beg tu xde
2x trun tgok kat kete,tp mlgnye mmg da xde
mmg kompom tertinggal kat epot lcct
hurmmmmmm...mmg xde rezki kami
dlm beg tu duit ade dkt 1k jgk la,spet mata ksygn aku,topi damia,brg2 lain
dan yg plg penting,kamera sony yg pnuh gbr2 kenangan kat sane...huaaaaaaaaaaa
dlm beg tu pnuh baju2 baru yg kami belik kat sane tuk sdare2 sbgai cenderahati
lpstu cpt2 aku mandi n bergegas ke epot nak dptkn balik beg tu kot2 ade rezeki kami
tp alangkh kecewanye mmg da xde...tanye kat kaunter pon xde,balai pon xde...buat report,then trus balik dgn prasaan hampa,sedih.
incit hb cube tuk tngkn prasaan aku
katanye,xpela nak wat cemane da xde rezeki
tula,len kali ht2.sblom tinggal tempt tu tgok btol2 takut2 ade brg2 tertinggal
dptla 1 pengajaran buat aku yg slalu plupa ni ^,^


tinggal kenangan...hukhuk
xpela dik,nnt kite balik AS kite bli lg topi tu
harap2 ade lg topi tu kat kdai tu kn..
spek mata tu syg btol sbb aku beli ms nak g umrah ritu..dlm kenangan


ms ni g amek ayah kat sutera harbour
dorg main golf kat sni










lepas sampai2 je kat meja bwh pokok tu,ktorg buka bekal nasi lemak n fresh milk yg beli kat kundasang kmarin tu...hehehe
kite sebok nak mkn nasi,dialak sebok nak mamam...
tgok r tuh,siap pkai baju tido lg
aku saje bg dia pkai bju tido sbb tanak bg lengan pendek tkut nnt sunburn plak
da la dia sawo matang,kang lg itam manis plak jdnye klu sunburn kat pantai


cemane ikan nak mari kalu dia duk tepok air tu...haishhh
dak kecik ni nak kene ni...menjerit2 dia hepi sgt dpt main air


kemain hepi lg dia dpt main air
tambah plak kwn2 ramai,lg la dia sonok dia
lg menjerit2 dia bile ikan mari ramai2 dkt dorg
bukan main ssh lg ikan2 nak mari dkt2 dorg sbb bg roti je ikan mari ramai2
xsempat ikan nak berkumpol btol2,abes berterabor lg sbb damia duk tampar air
ms ni aku lak jd tukang amek gbr je
mls nak trun,aku takut sunburn...da la xbw losen uv


minah saleh sorg ni org duk sebok mandi manda,dia lak sebok nak tido
ngantok sgt la tu
sblom tdo tu smpt jgk dia main pasir pantai tu...see,kat muka dia ade pasir


berselipar jepon biru tettt...


Da nak fly balik kl...
bye2 abg razak...nnt mgu depan jumpa kat kl T___T
bye KK,next year aku dtg lg....eh,mmg tiap2 thun aku akan sampai ke KK.G KK utk mkn butterprawn...T________________________T