Wednesday, October 31, 2012

-: Motivasi pagi :-

Assalamualaikum

 
INILAH REALITI KEHIDUPAN KITA
Menang bermaksud tidak takut kalah. Kalah bermaksud tidak berani mencuba. Selagi anda tidak takut kalah dan berani mencuba, selagi itulah anda menang!
...

Zaman kanak-kanak adalah keseronokan, zaman sekolah adalah zaman pertunjukkan, zaman remaja adalah mencari identiti, zaman dewasa adalah mematangkan, zaman usia adalah mencari pedoman.


Kekuatan dan kelemahan memang berlawanan, tetapi mereka saling melengkapi satu sama lain.

Melafaz itu mudah, menerima itu senang, memberi itu perit kerana ini adalah hakikat kehidupan..

Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencuba. Cara menghindari kejayaan ialah takut akan kegagalan.

Ketika kita berharap yg terbaik tapi kita hanya mendapat yang biasa, bersyukurlah kerana ianya bukan yang terburuk.

Kemarahan adalah keadaan dimana lidah bekerja lebih cepat daripada fikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani.

Biar sedikit berbicara, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan kesepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Dari kegagalan kita dapat membaca apa yang salah dari diri kita. Berusaha dan berdoa hanya itulah kuncinya.

Tidak semua yang difikirkan indah adalah indah dan tidak semua yang difikirkan buruk adalah buruk kerana semua tidak sempurna melain ia disempurnakan.

Jangan akhiri dengan harapan tetapi akhiri dengan pencapaian.

Tidak perlu berpatah balik dan melihat ke belakang kerana dihadapan tengah menunggu sesuatu keajaiban...

Status Datuk Dr Maznah

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)