Tuesday, July 3, 2012

-: Timun membantu pertumbuhan rambut :-

Assalamualaikum



TIMUN DAPAT MEMBANTU PERTUMBUHAN RAMBUT!

Timun atau mentimun (Cucumis sativus) merupakan sayur yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat. Rasanya yang tidak pahit dan tidak manis menjadi tarikan semua golongan tanpa mengira usia muda dan tua untuk memakannya.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Timun menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk manusia.
...

1. Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

2. Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat di dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

3. Menghilangkan jerawat (Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih.) dan kudis (perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad)

4. Membantu pertumbuhan rambut (campurkan timun dengan jus lobak merah, kubis dan bayam.)

5. Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

6. Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

7. Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal sembelit, ekzema, artritis dan juga gout.

8. Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

9. Timun mengandungi Erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.

10. Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

11. Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik di dalam badan.

12. Kalium (potasium) di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

13. Mengekalkan kandungan alkali di dalam badan.

14. Dapat menghilangkan masalah bau badan. (Ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya. Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi.)

1 comment:

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)