Monday, July 16, 2012

-: Kelebihan tetamu Makkah :-

Assalamualaikum
 
 
Bersemangat kerjakan umrah, solat depan Kaabah

Sepanjang 12 hari bersama 51 jemaah di Tanah Suci untuk menunaikan umrah menemukan saya pelbagai pengalaman yang sukar untuk dimengertikan, tetapi itulah yang berlaku dan kesimpulan akhir, begitulah kekuasaan Allah. Maka jadilah ia. Begitulah jika Allah menghendaki. Yang sakit di tanah air, tiba-tiba sihat sebaik kaki menjejaki tanah haram. Yang dulunya tidak boleh berjalan, setapak demi setapak kaki melangkah, walaupun perlahan dan terpaksa dipegang, namun hati tetap bersyukur.
Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Sesungguhnya Allah dekat dengan kita dan persoalan yang perlu kita tanya kepada diri, apakah kita juga dekat kepada Allah atau bersungguh-sungguh mendekatkan diri dengan Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Perubahan pesakit sawan

Ada jemaah juga pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerap diserang sawan, tetapi sepanjang berada di Makkah, beliau jarang diserang sawan. Dia sendiri hairan dengan perubahan dirinya.
Inilah kelebihan hanya mereka yang melalui pengalaman ini dapat menghayatinya. Ironinya, apa yang berlaku sukar untuk diceritakan kerana tidak dinafikan ada yang sukar mempercayainya. Namun, jika kita yakin tiada tuhan yang berkuasa melainkan Allah, tidak ada yang mustahil.

Kesungguhan jemaah mengikuti rombongan kali ini mendekatkan diri dengan Allah, meminta keampunan serta memohon dimakbulkan hajat mereka, ada yang menerima jawapan segera. Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi perubahan sedikit dirasai sudah memadai.

Ketika menunaikan umrah, tujuh daripada jemaah rombongan menggunakan kerusi roda, tetapi itu tidak menghalang untuk kami yang sentiasa melakukan umrah secara berkumpulan menyelesaikan rukun umrah.

Kami sama-sama bertawaf dan saie, berusaha sedapat mungkin rapat di Multazam tempat mustajab berdoa, solat dalam Hijir Ismail walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah lain serta menunaikan solat taubat, hajat dan sunat tawaf di makam Ibrahim.


Kerja ibadah dengan sempurna

Bayangkanlah, yang datang adalah pesakit kanser, leukimia dan sakit tulang. Pastinya dengan keadaan mereka berdepan penyakit serius, bukan mudah hendak melakukan ibadah, tetapi mereka berjaya menyelesaikan ibadah dengan sempurna.

Perubahan khususnya dari segi semangat dan ketenangan ditunjukkan mereka memang mengagumkan. Sakit itu ada, tetapi mereka tabah dan paling utama, sepanjang masa mereka berada dalam keadaan tenang.

Ada juga yang menyertai kami berdepan masalah akhlak menyuarakan rasa terharu kerana masih diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah.

Saya terharu melihat kepuasan terpancar di wajah jemaah kerana kebanyakan mereka baru pertama kali menjejakkan kaki di Baitullah dan ada antaranya bertanya bila mereka diberi peluang untuk datang lagi.

Insya-Allah, jika ada kemahuan dan kesungguhan, diiringi doa tidak putus-putus kepada Allah, akan ada rezeki. Bukankah kita sentiasa diingatkan berdoa supaya dapat kembali dan tidak jadikannya kunjungan terakhir.
 
rindu nak ke sini lg...(*.)
smoga dimurahkn rezeki,diberi kesihatan,dipanjangkn umur dan dijemput utk kesini lg.amin


rindu nak shopping sesame lg


rindu nak jln kaki tiap2 pg,tiap2 mlm
n stiap hari la...


muah utk ma  tsyg..


rindu lg...


rindu kamu smua...
jln same2
mkn same2
kemane2 same2...
korg memg sporting abes ah
mcm da kenal 20 thun...


insyaAllah,kalu diberi pluang @ dijemput aku akan kesini lg
trase bahagia n tenangnye ht brada disini ♥


sweet kn budak kecik ni...
cntik mata dia
rs mcm nak bw balek je..(^_^)


stiap ms yg sedih ilang bile bersame Adila ni
xkering gusi...asek gelak je
akak rindu kamooo dik..muahh


bersame cik Dah n kwn dr Mekah (Sulaiman)
ensem x Sulaiman?
eghehe
dia bw kami jln2 kat super market
jenjln umah dia n kenal family dia
adik2 dia memg cntik2
bw jln2 pusing2 kota Mekah
bw mkn KFC
bw shopping minyak wangi,beli emas...hehehe
tenkiu Sulaiman 4 da senaskah Tafsir Quran utk ija...(@_#)

 

1 comment:

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)