Friday, June 15, 2012

-: Talam 2 muka @ kuih talam :-

ASSALAMUALAIKUM
 
Mcm menarik jek entry arini kn ...:p
aku sbnrnye ckup meluat dgn manusia yg TDM ni
ckup takut...sbb da penah kne
da serik ooo..


SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi merealisasikan tujuan buruk ini.

Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan ke sana ke mari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat, melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah al-Qalam, ayat 10-13)
Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat.
Di samping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan dilakukan. Jika tiada berita hendak dibawa, maka diciptakan pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas.

Ulama bersepakat semua sifat ini antara dosa besar diharamkan Allah SWT. Ini dijelaskan Baginda SAW di dalam hadisnya bermaksud: “Sejahat-jahat makhluk di atas muka bumi ini ialah mereka yang suka menyebarkan fitnah, memutuskan hubungan kasih sayang serta mencipta permusuhan antara masyarakat”. (Hadis Riwayat Ahmad).

 ”Seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tetapi sebenarnya melagakan mereka.”


 Semua sifat ini dicetuskan perasaan irihati di samping menunjukkan betapa sifat amanah semakin menipis. Rasulullah SAW melintasi dua kubur lalu bersabda: “Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab kerana menyebarkan fitnah dan tidak menjaga kebersihan ketika membuang air kecil.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Ibnu Masud RA bahawa Baginda SAW bersabda bermaksud: “Tidakkah kamu ingin aku khabarkan kepada kamu sifat merosakkan iaitu mereka yang suka menyebarkan fitnah di kalangan masyarakat”. (Al-Hadis).
Hadis lain menyebut: “Kamu akan mendapati sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah mereka yang bersifat talam dua muka.” Sahabat Nabi SAW, Abu Hurairah menyebut ia adalah seburuk buruk perangai dalam komuniti umat.

Bagi Muslim tidak berburuk sangka terhadap saudara seagama dan berusaha menutup kelemahan orang lain kerana mereka menutup keaiban orang lain ketika di dunia, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Berita yang didengar tidak perlu dihebahkan kepada orang lain kerana ia mungkin mencetuskan permusuhan antara saudara seagama. Janganlah kita terlalu cepat menghukum disebabkan berita yang kita dengar.

Ulama feqah terkenal iaitu Imam Laith Bin Saad pernah didatangi seorang lalu berkata: “Wahai Imam, seseorang menyebut mengenaimu begitu dan begini...lalu dijawab Imam: “Mohonlah keampunan daripada Allah SWT untuknya.”



” Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak”




biala lembut budi bahasa lua dan dlm
jgn lembut dilua,didlm busuk
bua muka xcantik xpe
janji hati baik...:))

Seorang ulama sufi bernama Abd Wahab Munabbih mendengar berita daripada pemuda lalu beliau menjawab: “Apakah tiada syaitan lain yang menjadi posmen selain kamu”? Berapa ramai mereka yang tidak bersalah dihukum. Mereka yang baik telah dizalimi. Harta dirampas. Terputus hubungan ibu dan anaknya. Pasangan ideal dengan tunangnya. Semuanya gara-gara penyebar berita palsu.

Oleh itu, jalan selamat ialah bersikap mendiamkan diri dan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya. Marilah kita sama-sama menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan ke jalan yang diredai Allah SWT.


eh sedap pulak aku nengok kuih talam ni...
kalu dpt mkn kuih talam ni ok jgkn..
baik mkn kuih talam ni dr jd "talam 2 muka"
oppssssss...sori
hehehe

##kepadaorgyangberkenaancepat2labertaubatjgnsampaixsempatnakmintakmaaf##

21 comments:

  1. mmg aku pon meluat bkn stakat hg...
    kueh talam tue jgn mkn byk2 pulut tue angin, hg tue baru lagi hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lg la meluat...
      Aku xmkn lg pulut...tkut sakit bdn...hehe

      Delete
  2. sweety sgt elejik dgn manusia gni.. ada sorg gengnya d tpt keja..mmg tak boleh nk hadap la muka2 mcm ne..huhh..

    Salam kenal dari saya yea..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same 2 me la...memg xsuke

      Nwy...slm pknlan disambut....:-)

      Delete
  3. kuih talam feberet nih,
    muka talam kasi talam opah kat dia...tak suka2..

    *BW PTG JUMAAT YG TENANG*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...biala dia sorg muka talam
      Kita jgn jd muka talam da le...baik mkn kuih talam lg sdap :p

      Delete
  4. akak dah follow sini...nanti akak letak blog ixxa dalam bloglist akak ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok,tq kak...chantek
      Bersemangat skit kaler2...

      Delete
  5. hai..salam kenal..dari blog cik rose..terus ke sini...

    ReplyDelete
  6. comelnyer katun tu sbb baju dan tdung dia kaler purple..kak fieda kan peminat purple..kue tu nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comelkn...hehehe
      Kue tu memg sdap kak
      Kalu pndai buat lg sedap...hehehe

      Delete
  7. wah dear..saya sangat suka itu kuih talam..hehehe.


    minta2 dijauhkan dari mereka yang muka talam ni..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kwn2 suka kue talam...
      Suke kue xpe,jgn suke mcm gbr tu ek...hrp djauhknla

      Delete
  8. mmg sdp kuih tuh. x best yg tlm muker ader 2 tuh jerk. hu3...
    br leh bkk balik. np eh lamer x leh? hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkn kue talam tu.
      Gbr muka talam tu buruk...:p
      Blog lari setting...tq nuree&che ros tlg btolkn blog ija...:-)

      Delete
  9. assalamualaikum Damia....kuih talam tu mmg sedap tapi kalau talam dua muka tu yg buat hati merana je...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...memg nmpak sdapkn kue talam tu
      Tp muka talam tu yg xsuke..:-)

      Delete
  10. huhu minta dijauhkan sifat talam dua muka nie
    kadang2 tuu kita x sedar .. nak2 bila nak marah pada seseorang kita boleh jadi
    lebih buruk dari talam nie

    tapi akk suke kuih talam nie ;)

    ReplyDelete
  11. header tue mmg saje tulis belog ke? bkn blog...

    ReplyDelete

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)