Saturday, April 13, 2013

IQra: KoNseP MiSkiN, KaYa

Assalamualaikum


Apa sebenarnya konsep miskin dan kaya. Betulkah kita perlu redha nasib menimpa diri dengan merujuknya sebagai qada dan qadar daripada Allah. Itukah kesimpulan sewajarnya sedangkan pada masa sama kita disuruh untuk berusaha.

Pastinya kita semua pernah mendengar keluhan mereka yang diuji dengan kehidupan miskin yang mengatakan mereka redha ketentuan Allah itu. Di sebalik sebahagian yang lupa dengan kurniaan Allah, masih ramai yang menadah tangan setiap kali diberikan nikmat.
Buku Benarkah Miskin Itu Redha Kaya Itu Bersyukur membawa pembaca melalui jalan ilmiah untuk memahami kedua-dua keadaan tanpa sebarang prasangka kerana sejarah membuktikan kemiskinan dan kekayaan wujud beriringan pada zaman Rasulullah SAW.

 


Perbezaan tidak cetus konflik
Namun, perbezaan itu tidak membawa kepada konflik seperti terjadi dalam masyarakat lain sebaliknya menjadi pencetus kepada semua lapisan masyarakat untuk hidup dalam suasana mesra di Madinah.

Orang miskin redha dengan kemiskinan dan tidak meminta-minta, tidak menyusahkan orang lain sementara yang kaya pula bersifat pemurah serta suka membantu. Kerajaan ketika itu bukan saja menjaga kebajikan yang miskin, malah turut hidup dalam kesederhanaan.

Alangkah indahnya suasana ketika itu dan semuanya berkat keimanan serta ketakwaan kepada Allah. Justeru, membaca buku Benarkah Miskin Itu Redha Kaya Itu Bersyukur bakal membuka pemandangan baru kepada pembaca mengenai konsep miskin dan kaya.
Buku ini sesuai diperhalusi memandangkan keadaan masyarakat akhir zaman yang jauh daripada kefahaman kenapa berlakunya perbezaan serta tidak mencari hikmah yang tersurat di sebalik sedangkan penemuan itu bakal mengubah corak pemikiran terhadap keadilan dunia.



**kdg2 org yg xbrape kaya tp dia rasakan yg dia kaya ni yg ssh,duk berlagak atas hasil usaha org lain.sombong dgn harta yg dipinjam olehNya sehingga lupa diri dan menghina akan kemiskinan org lain...**

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)