Wednesday, April 10, 2013

GaNjArAN tAmBaHaN RezEki MeNEruSi zAkAT

Assalamualaikum


 

Kita biasa mendengar pepatah Eropah, what you give you get back. Ertinya apa yang anda beri pasti akan dapat semula. Pepatah itu sememangnya benar kerana jika kita berikan kebaikan kepada orang lain, rasionalnya orang lain akan buat kebaikan kepada kita.

Ini adalah sunnatullah yang selalu terjadi. Oleh itu, perkara baik selalu terjadi pada orang baik. Persoalannya, bagaimana untuk mendapat pulangan yang baik. Yang lebih hebat daripada itu, pulangan baik bukan saja di dunia malah di akhirat juga.
Apabila kita memberi sesuatu yang baik yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain, sudah tentu orang itu berasa gembira dan mendoakan kebaikan untuk kita. Antara pemberian yang baik itu ialah zakat yang diwajibkan kepada umat Islam tetapi ramai mengabaikannya.


Beri zakat tak kurangkan hartaSebenarnya dengan menunaikan ibadah zakat iaitu mengeluarkan 2.5 peratus daripada harta kita, harta itu tidak akan berkurang tetapi kita akan mendapat semula pulangan daripada bahagian yang dikeluarkan dengan pulangan yang sangat banyak.

Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Maka, jelaslah apabila seseorang itu mengeluarkan sedekah sunat apatah lagi sedekah wajib iaitu zakat, hartanya tidak akan berkurang.

Zakat daripada pengertian bahasa membawa maksud bertambah, berkembang dan membiak. Ini bermakna dengan berzakat, harta kita makin berkembang. Contohnya, seorang pembayar tegar di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah seorang peniaga.
Beliau telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,000 pada 1991. Berkat zakat yang dikeluarkan secara istiqamah, hasilnya sehingga tahun 2012 dia mampu mengeluarkan zakat sebanyak RM102, 000. Lihatlah, sudah terang lagi bersuluh bahawa zakat boleh mengembangkan harta kita.


Pulangan di akhiratNamun, sebagai hamba Allah yang mana meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, matlamat paling besar yang kita inginkan ialah pulangan di akhirat sana. Ingatlah, setiap kali kita membantu orang yang berada dalam kesulitan di akhirat kelak Allah akan membantu merungkaikan kesulitan yang kita hadapi.

Cuba bayangkan dengan hanya membayar RM8 di PPZ MAIWP anda telah menyalurkan setiap RM1 kepada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Jika anda membayar zakat lebih daripada RM10, makin ramailah insan yang dapat dibantu untuk merungkaikan kesulitan mereka.

Insya-Allah dengan keikhlasan yang benar-benar tunduk pada perintah Allah ini akan menyebabkan anda selamat daripada kesulitan yang besar di hari akhirat kelak.
**In sha Allah akan laksanakan tanggungjwb ni..nak kongsi harta yg ade skit2 dgn yg memerlukannye...**

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)