Thursday, November 1, 2012

-: Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Lelaki :-

Assalamualaikum

Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnes...
ium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.

6. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

1 comment:

  1. x der plak aku amalkan semua d atas..
    cuma yg aku buat lepas bersama baring ke kiri 1/2jam sblm mencuci.. insyaALLAH...

    ada bg petus sapu air limau sunqist kat c2 b4 bersama hehehe...

    klau nk bb boy katanya lebihkan mkn seafood.. klau suka mkn sayur2an ni bb girl :)

    ReplyDelete

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)