Tuesday, March 22, 2011

Kehidupan

Saya berharap lebih ramai kaum wanita menceburkan diri dalam bidang fotografi. Lebih-lebih lagi sebagai juru gambar kahwin kerana seorang isteri yang berhias secantik anak patung tidak seharusnya bergaya depan seorang jurugambar lelaki yang bukan mahramnya

“Syurga neraka telah ditentukan oleh Allah kepada kita sejak dilahirkan. Ada yang berpendapat, jika begitu tidak berguna lagi kita beramal. Sabda nabi, ahli syurga akan bersifat seperti ahli syurga dan ahli neraka akan bersifat seperti ahli neraka. Jadi pilihlah sendiri sikap mana yang kita mahu kerana kita sendiri belum tahu apa yang telah Allah tentukan untuk kita.”


“Allah berfirman kepada Nabi Daud,
“Hamba yang paling Aku cintai ialah mereka yang mencari Aku bukan kerana takut hukumKu (neraka) atau hendakkan kurniaanKu (syurga), tetapi adalah semata-mata kerana Aku ini Tuhan.””

“Yg dicari bkn puteri raja, biarlah puteri agama. Yg diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yg dinilai, bkn sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yg dinanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akn terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha kete…tapan ILLAHI..”


“Lebih sejuk mata lelaki memandang wanita bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna meskipun mereka kurang bermakeup, berbanding wanita yang mengenakan pakaian cantik sehingga kecantikannya terlampau terserlah. Usahlah membangkitkan nafsu lelaki, cukuplah penampilan sekadar sejuk mata memandang.”


“Nabi Muhammad Salallahi ‘Alaihi Wassalam bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” – perbanyakkan menangis dari ketawa berdekah-dekah..sesungguhnya menangis kerana Allah adalah jalan menuju ke syurga..”

"Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)"

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)