Tuesday, May 14, 2013

Terperangkap dalam bakul

Assalamualaikum

Da lame xpublish n3 kan
ni cite mgu lepas,masa ni aku mandikan dia awal dari biasa
biasa tu bukan ape,baisanaye kami mandi sama2
kalau aku mandi tinggalkan dia sorang2 diri alamatnye abes barang aku dia kemas...ngeeee
lepas mandikan dia cepat2 aku solat magrib
alih2 aku siap solat,tengok2 dia da kepala kat dalam bakul kain
dia suka sangat main bakul ni
yang selalu jadi mangsa ialah alat2 mekap aku
dia suka angkut barang2 aku masuk kat dalam bakul ni
dan pernah skali aku tercari-cari kat mane la letaknye losen aku yang kat atas meja
dekat 2 minggu jugak la aku duk cari xjumpa2
last2 jumpa kat dalam mesin basuh...miahaha
ni ha dia keje si Damia



Lepas tu plak ni keje baru dia
masuk kepala dalam bakul then xreti nak keluar balik
lepastu meraung2 nanges nak keluar...hehehe


nampak x kat tangan dia duk pegang toner aku
dia memang suka sangat main barang ni
skang kalau nak basuh kain kene keluarkan sume kain2 dalam bakul,kene check ape yang ada dalam celah2 kain tu
kadang2 selipar pon dia angkut letak dalam baldi kain dia
kang xpasal2 ade pulak aku mesin kain dengan selipar...miahaha



dan sampai la ke tempat aku dia pusing2 nak keluar xleh
last2 aku kesian tengok dia duk nanges meraung2
then lepas siap da siap2 aku amek gambar send kat ayah dia...hehehe
aku yang send aku lak yang kene marah...huaaaaaa

Duk lame kemudia tu aku bagi dia minum air
kesian kan da nanges berpeluh2
lepas je aku bukak dia dari bakul tu,aku suh dia masuk balik terus tanak dia....takut la tu
oleh kerana takut aku marah lagi,dia minum air tu abes stengah botol tu...T____T
haaa....tau pon takut,lain kalu jangan main lagi...ngeh



Monday, May 13, 2013

Taat ibu bapa dijanjikan syurga

Assalamualaikum


Kisah Urwais menyayangi orang tua wajar dijadikan teladan
Umat Nabi Muhammad SAW seharusnya sedar meraikan ibu mahupun bapa tidak boleh dilakukan dalam bentuk berkala dan sesekali sekala saja. Menjadi tanggungjawab utama yang perlu diutamakan setiap anak, sentiasa menghormati dan menjaga kedua-dua ibu bapa tanpa melihat kepada takwim.

Ibu adalah anugerah agung yang dikurniakan Allah kepada kita. Lihatlah bagaimana Urwais al-Qarni yang mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Allah sebagai bakal ahli syurga semata-mata kasih sayang terhadap ibunya.
Baginda SAW ketika bersama sahabatnya, pernah menceritakan watak dan personaliti Urwais buat pengetahuan sahabat. Terpegun sahabat baginda tatkala baginda menyarankan mereka memohon kepada Urwais supaya berdoa kerana doa Urwais sangat dikabulkan Allah.


Baginda SAW juga ada memberitahu bahawa pada hari kiamat nanti, ketika semua ahli ibadah dipanggil untuk masuk ke syurga, Urwais sebaliknya diminta berhenti dulu untuk memberi syafaat.

Allah memberikan keistimewaan kepada Urwais untuk memberikan syafaat kepada setiap orang daripada Kabilah Bani Rabi’ah dan Mudar. Mereka semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa ada yang tertinggal disebabkan syafaat yang diberikan Urwais.

Kata Baginda SAW lagi, Urwais seorang yang berstatus miskin dan lantaran kedudukan sosioekonominya yang bertaraf rendah menyebabkan masyarakat sekitar tidak mengenalinya, malah dikatakan terdapat kalangan masyarakat mengejek dan mengolok-olokkan perwatakannya.

Urwais seorang yang berjiwa tenang, tidak pernah terguris di hati apa orang lain ucapkan. Dia tidak pernah berburuk sangka kepada sesiapa meskipun dia sering dituduh sebagai seorang pencuri.
Segala kata nista dan umpatan keji ditelan bulat-bulat demi menjaga iman dan takwanya di samping mengharapkan keredaan Allah. Pemuda dari Yaman ini seorang anak yatim dan hidup bersama ibu yang sudah lanjut usia serta lumpuh. Penglihatan ibunya juga kabur.

Saban hari Urwais yang menjaga dan menguruskan segala hal ehwal ibunya. Biarpun miskin, hatinya tidak miskin. Hatinya kaya nilai berbudi kepada ibunya sehinggakan baginda memberitahu Urwais ini tidak terkenal di bumi, tetapi amat popular dalam kalangan penduduk langit.

Urwais bergantung hidup bersumberkan pekerjaan sebagai pengembala kambing. Upah diterima sekadar cukup makan bersama ibunya saja. Pada hari-hari tertentu apabila mendapat upah lebih, dia akan berkongsi dengan jiran tetangganya pula.

Dia tidak pernah kedekut walaupun dia sendiri hidup dalam serba kekurangan. Niatnya dan azamnya untuk bersedekah kepada insan lain sentiasa terpahat dalam sanubari.

Walaupun sibuk mengembala dan menjaga ibunya, Urwais tidak pernah cuai dalam amal ibadah. Pada siang hari dia berpuasa dan malam dipenuhkan ibadah yang termampu dilaksanakannya.

Urwais memeluk Islam ketika Yaman menerima seruan Baginda SAW dan Urwais adalah salah seorang penduduk Yaman terawal menerima seruan dakwah baginda. Ramai penduduk Yaman yang berkesempatan berkunjung ke Madinah untuk bersama Baginda SAW, tetapi tidak Urwais lantaran kemiskinan serta perlu menjaga ibu yang uzur.

Berlinang air mata Urwais ketika mendengar cerita masyarakat Yaman yang kembali dari Madinah, mereka gembira kerana dapat menjadi tamu dan bertemu Rasulullah SAW yang mereka cintai.

Hari demi hari perasaan rindunya kepada baginda semakin bersarang di lubuk hatinya. Ada ketikanya dia ingin menyuarakan hasrat untuk ke Madinah kepada ibunya. Namun, selepas memikirkan keadaan ibunya yang uzur itu, niat itu terpadam begitu saja.

Namun, Urwais akhir mengalah kepada desakan rindunya untuk bertemu Baginda SAW, lalu dikuatkan hati bertemu ibunya dan memberitahu apa yang terpendam selama ini. Ibunya memahami niat suci anaknya itu, tetapi berpesan supaya segera pulang selepas berjumpa Baginda di Madinah.

Malang sekali selepas meredah ‘belantara padang pasir’ sejauh 800 kilometer, insan yang dirindui tiada di rumah kerana pada ketika baginda berada di medan peperangan. Baliklah semula Urwais berbalut hati yang kecewa kerana gagal berjumpa Nabi SAW.

Sekembalinya baginda dari medan perang, Aisyah ada memberitahu seorang pemuda dari Yaman yang ingin berjumpa baginda. Kemudian baginda memberitahu isterinya dan sahabat: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah yang dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Baginda kemudian memandang ke arah Umar dan Ali sambil berpesan, “Nanti apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfar daripadanya. Dia penghuni langit, bukan penghuni bumi.”

Demikian kisah seorang anak yang taat dan sentiasa mengutamakan ibunya sehingga diangkat Allah kepada kedudukan tertinggi. Ini satu teladan dan pengajaran buat kita yang hidup di zaman mutakhir ini.
 
 
**Insha Allah klau kita sentiasa hormat dan taat kepada kedua org tua kita,hidup kita akan diberkati selalu.Amin

Friday, May 10, 2013

Budak 11 tahun mati kena rogol

Assalamualaikum



menahan kesedihan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam. - Foto Asyraf Hamzah


Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin.
Polis mengenal pasti mangsa sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dan ketika ditemui, mayatnya lengkap berseluar trek dan berbaju kemeja-T.


24 jam meninggal

Siasatan awal mendapati mangsa ditemui 200 meter dari rumahnya, meninggal dunia kurang 24 jam ketika mayatnya ditemui. Tiada kecederaan lain pada badannya kecuali di kemaluan, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad berkata, polis sudah menahan dua lelaki dari Sabah yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian mangsa bagi membantu siasatan.

Penganggur berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan jam 6 pagi semalam dan mereka direman selama tujuh hari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Acha Kusain, 42, berkata Nur Amyliana Shuhada yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan sangat peramah.

Keluar bermain

Kelmarin, Nur Amyliana Shuhada keluar bermain tetapi tidak dapat masuk ke rumah kerana kunci dibawa kakak sulungnya. Kali terakhir kami melihatnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lalu kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja.

Arwah pernah menasihati saya supaya tidak sedih kerana dia akan pergi dulu. Tidak disangka, ia menjadi kenyataan, katanya ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).






sedihnye klu jd kat anak2 kita...kejam btol org yg buat tu.smoga dia trime blsan stimpal dgn perbuatannye tu...sedih sbb aku pon ada ank pmpuan jgk...naluri ibu sedey sgt bc ni..:(