Tuesday, May 10, 2011

Mutiara Kata Pujangga

Kata-kata Pujangga:”Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik

untuk bertindak.”

Kata seorang sahabat: “Kita bermula sebagai seorang yang baru.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku

hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi

dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: “Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-

mata, kadang-kala kejian juga.”

Kata-kata Pujangga: “Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita

dapat.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah

jadinya.”

Kata-kata Pujangga: “Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan

basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.”





Untukmu puteri ADAM...Ingatlah! Umur dakwah dan tarbiyah seusia DUNIA, JIHAD itu pahit, yang manis itu SYURGA!Kau bukan puteri dongengan, tetapi...kau serikandi ummah sejagat yang menjadi rebutan. Senyum seorang mujahidah adalah kerana terluka, menangisnya hanya kerana TAKUTKAN ALLAH..Moga istiqamah wa istimrar setiap usia dan ketika...



Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan-Mu.

Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerima kehadiranku, jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, saling membantu memikul beban dakwah agama-Mu, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redha-Mu, teguhnya atas cinta-Mu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingati-Mu..



Untukmu aku berkorban, demimu aku berikan seluruh hidupku.

Segalanya...Hanya kerana aku ingin bersama-Mu...Terkadang aku merasa hilang arah, dek kerana segala keperitan dan penuh penipuan...Sekarang, apa yang ku inginkan..Hanyalah bersama dengan-Mu...Ya Rasulullah...Insan terpilih...Kaulah kekasih..Doaku...Agar aku dapat bertemu denganMu...Ya Allah..tabahkan hatiku untuk menempuh jalan dakwah kekasihmu...



Janganlah berputus asa apabila menghadapi kesusahan..kerana titisan hujan yang pernah juga berasal dari awan yang gelap...



"Bila hati diserah kepada Allah, tiada resah, tiada gelisah, bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, hilang rasa gundah, hidup rasa indah..Jadikan Allah sebagai pergantungan setipa saat, agar DIA sentiasa melindungi kita"



"Seangkuh dan sehebat mana pun kita, kain sejadah jua dahi kita sujud. Secantik dan seindah

mana pun rupa kita, kain putih jua membaluti tubuh kita. Sebanyak mana pun

harta kita, kita tidak dapat membawanya jua bila kita pergi menghadap ILAHI.

Segagah mana pun kita, berjalan atau berlari, kita akan tetap diusung jua.

Sebanayak mana pun teman-teman kita, namun kita akan pergi keseorangan

jua suatu hari nanti."



"Zikir ialah syurga Allah di dunia. Siapa yang tidak masuk ke dalamnya maka dia tidak akan

pernah masuk ke syurga akhirat. Zikir dapat damai jiwa seseorang dari

rintangan dan cubaan. Dari susahnya kehidupan di dunia menuju kelapangan dan

ketenangan. (Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya, Aku ingat pula

kepadamu, dan bersyukur kepadaKu, dan janganlah kamu ingkari nikmatKu.) Al-Baqarah:152

Jangan hairan dengan tenang dan tenteram jiwa yang ada pada orang

yang selalu berzikir."



"Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu

dia berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu

terus berkenalan...dua hati yang tidak

mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum

bertemu, bila bertemu, dia hanya berjumpa

bukan berkenalan.."



"Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut,

paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam beragama,

paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut

terhadap saudaranya. Hati seorang mukmin itu suci

bersih, pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya"

-Ali bin Abi Talib r.a-

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)