Monday, September 3, 2012

-: Singgah jenjalan kat CH :-

Assalamualaikum

sblom balik kl lepas raye ritu
otw dr utara - kl,incit hubby ajak singgah jap kat cH...saje lepak2
katanye saje nak bw adik tdo tempat sjuk..hehehe
kami sampai da pkul 12mlm kat cH
umang ai..geram tahap gaban coz dpt bilik yg mcm hampeh
byr mhl,tp bilik punye la siut jek
nasib la kami tdo smlm je
da la bilik kecik,sabon mandi n sume peralatan mandi xde,heater nak masak air pon xde,tempat nak solat pon sempit nau...
selipar nak pkai dlm bilik pon xde..sejok nak mampos pijak kaki kat lantai
tambah2 ms bgun tido pg2 nak solat subuh..haishhh..kedekut btol
byau mahai..tp bilik kecik sgt2..len kali xkn duk ctu lg dh
buang duit je...tu sbb tpaksa je.hotel len da pnuh kn...cuti la katakan




siap mnum susu hepi la si kenit ni...





 da siap mandi,mnum susu.get ready to jenjln hirup udara sjuk..huhu


 si bambam ibu yg comel...ahaks





 pagi yg ceria
sejuk2 pon hepi lg dia...sentiasa senyum
snyum tu kn 1 sedekah..:))





 terpegun melihat ape tu dik..


 tang ni yg xbley blah ni..
nak jgk melekat kat mulot klu da boring sgt
sbnrnye si kenit ni xbrape suke tmpat pns..huhu
ms ni tghri da...nak lunch


 salah tempat...hahaha








 depan umah baru kami...ahaks





 da rope mcm anak jupun da si kenit ni


 sblm trun sempat singgah jap kat ladang tea
incit hubby saje nak panaskn bdn
singgah mnum tea
kami xtrun bwh pon..mane larat oi nak dukong bdk bambam ni
incit hubby da surrender,katanye xlarat nak pegang..huaaaaa

















cuba memujuk tuk ambek gbr..hehehe 


 tp dia tnk jgk..wat muke memain dia tu la


 otw trun tu...aku buka tingkap luas2
bg si kenit ni rs angin sjuk
suke sgt dia,sampai kn xleh nak buke mate dia
last2 ksian kat dia,tutup skit...juz bg rase sklit je angin sjuk





da nak sampai umah
tp kami sempat lg melencong ke lain
bukan ke tempt xelok ye..singgah umah kwn incit hubby jap
beraye kat umah mawar berduri ( kak romi & abg tajul )

-: Petua Menangani Suami Panas Baran :-

Assalamualaikum


Petua Menangani Suami Panas Baran
1. Jangan berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang marah atau emosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentan...
g atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, si isteri boleh terganggu dan rumahtangga juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dahulu.

2. Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik dan tepat.

3. Suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Seterusnya ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami panas baran biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun. Itu kenyataan.

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Orang yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang boleh membuatkannya gembira dan tenang, berbanding sebaliknya, yang membuatnya kesal dan marah.

Sunday, September 2, 2012

-: Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh :-

Assalamualaikum

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.


Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.
Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).
Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)