Friday, September 14, 2012

-: Tip Untuk Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan :-

Assalamualaikum

Kehidupan di zaman ini sentiasa mengejar kita untuk mengajar masa.Bagi pasangan suami isteri yang bekerja pastinya waktu bersama amat sedikit dan terhad kerana waktu banyak dihabiskan di pejabat dan urusan kerja yang tidak pernah habis.Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan kerana tugas dan tanggungjawab selalunya melupakan peristiwa2 penting atau saat2 yang istimewa.Banyak alasan yang diberi dan menjadi penghalang antaranya banyak kerja di pejabat,ada klien,outstation dan lain2 lagi.

Berjauhan kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak boleh berbuat apa2.Kata orang 'Jauh di mata dekat di hati'.Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh(PJJ).Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih2 lagi bila pasangan itu terpaksa berjauhan.


Kesunyian dan kesepian pasti akan menyelubungi diri anda.Namun ada banyak cara untuk menghadirkan diri pasangan anda dalam kehidupan seharian anda contohnya,melihat dan membuka album ataupun Facebook.Di sini saya berikan beberapa tip supaya hubungan suami isteri berjalan seperti biasa:


1. BERI SOKONGAN
Ketika bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih dan pilu.Untuk berjaya dan bahagia pasangan suami isteri perlu berkorban.Berilah sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga anda sendiri.

2. SALING PERCAYA MEMPERCAYAI
Ini merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh. Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya.Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur.Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana.Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama.Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka,ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan.


3. CARI KESIBUKAN
Pasangan yang berjauhan sudah pasti akan berasa sepi.Untuk mengatasi rasa kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti2 seperti pergi kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong-royong.


 4. TETAP BERHUBUNG
Meskipun anda berjauhan,anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti telefon,e-mel,SMS dan sebagainya.Janganlah anda menghubungi pasangan terlalu kerap tentu sahaja dia berasa terganggu dan berasa tidak dipercayai.Oleh itu batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.


5. LIBATKAN ANAK-ANAK
Agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak anda dalam berkomunikasi kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan.Ini juga dapat mengingatkan pasangan bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya.Misalnya,ketika menelefon,beri peluang si anak kecil untuk berbual dan mendengar suara ibu/ayahnya.



6. BUAT LAWATAN
Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda.Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu.Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.


7. SALING DOA MENDOAKAN
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat 5 waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya.


DOA TERHINDAR DARI BEBAN YANG BERAT

"Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat seperti mana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami,rahmatilah kami,Engkaulah Pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang2 yang tidak beriman

dr Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah

2 comments:

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)