Friday, September 7, 2012

-: Petua Untuk Cinta Jarak Jauh :-

Assalamualaikum


Petua Untuk Cinta Jarak Jauh

1. Percaya Pada Pasangan - Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Amat penting kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia da...
n masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

2. Setia Walaupun Jauh - Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

3. Berjumpalah Walaupun Seketika - Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen.Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun, bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

1 comment:

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)