Tuesday, September 11, 2012

-: Petua Untuk Menangani Suami Anda Yang Dalam Diam-Diam Sudah Kahwin Lain :-

Assalamualaikum


Petua Untuk Menangani Suami Anda
Yang Dalam Diam-Diam Sudah Kahwin Lain
1. Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga, anak-anak dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.

...
2. Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu dengan syarat suami anda mestilah seorang suami yang bertanggungjawab.

3. Sentiasa merendah diri dan manis muka dengan madu anda yang lebih muda daripada anda. Jangan marah atau mengata apa sahaja terhadap madu anda. Bukan salah dia. Apa yang berlaku hanyalah qadha dan qadhar.

4. Kuatkan hati bahawa perkahwinan suami anda dengan isteri muda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat anda jelas dan ikhlas, lama-kelamaan anda boleh menjadi kawan baik dengan madu anda.

5. Pastikan anda tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.

6. Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya? Dengan cara begini anda pasti akan dianugerahkan payung emas
.

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)