Monday, September 10, 2012

-: Petua Untuk Membina Sikap Bersangka Baik :-

Assalamualaikum


Petua Untuk Membina Sikap Bersangka Baik

1. Sesiapa jua yang anda fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia itu musuh ketat anda atau dia pernah sakitkan hati anda. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ad...
a yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari masa lalu, mungkin orang-orang yang kita lihat pada minggu, orang-orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.

2. Biasanya, kita akan lebih mengingati perangai mereka yang menyakitkan hati kita. Berhati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif anda. Sikap itu membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa sahaja.

3. Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih banyak kita diketemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan rasa seolah-olah kita ini bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik. Misalnya, mungkin tiba-tiba ada orang ingin tumpangkan anda naik keretanya, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan belanja anda makan tengahari, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan muncul di depan mata anda, menghulurkan sebuah hadiah yang anda sendiri tidak sangka-sangka.


No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)