Assalamualaikum
Muar: Kehadiran 2013 membawa ceria buat budak troli apabila pendedahan BH mengenai kemiskinan keluarganya menarik perhatian pelbagai pihak menyalurkan bantuan.
Kesempitan hidup memaksa Muhamad Arif Haikal Mansur, 7, mengerah tulang empat kerat membantu meringankan beban keluarga dengan mengangkat barangan dibeli pelanggan di sebuah pasar raya di Tanjung Agas, di sini.
Walaupun malu dengan apa yang berlaku, ibunya, Rasidah Arasani, 32, tetap terharu dengan keprihatinan masyarakat yang tampil membantu susulan kisah anaknya dipaparkan BH Ahad pada 16 Disember lalu.
Saya amat terharu dengan bantuan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, katanya ketika ditemui selepas menerima baucar beli-belah RM1,000 sumbangan Pasaraya Econsave, di sini dan dibawa pengurusan pasar raya itu membeli pelbagai keperluan terutama pakaian sekolah, barangan keperluan serta susu bayi.
Pada 16 Disember lalu, BH Ahad melaporkan kanak-kanak itu umpama penghuni tetap pasar raya berkenaan sejak mula cuti sekolah pada November dan akan mengangkat barang pelanggan tanpa meminta upah, namun cukup mengundang simpati ramai.
Malah, dia sudah dikenali di situ kerana keletahnya dan difahamkan tidak pernah meminta wang atas bantuan dihulurkan serta tidak menerima pemberian makanan dan minuman.
Rasidah berkata, dia akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada lima anak berusia 10 bulan hingga 12 tahun selepas ini termasuk seorang yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini kerana apa yang dilakukan Muhamad Arif di pasar raya berkenaan adalah di luar pengetahuannya.
Sementara itu, kanak-kanak berkenaan berkata, dia amat seronok kerana dapat berbelanja membeli pelbagai barangan keperluan bersama empat adik beradik lain selain tidak sabar ke sekolah dan berjanji belajar bersungguh-sungguh.
Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam, berkata sumbangan baucar kepada keluarga terbabit untuk membeli-belah di pasar raya berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat itu yang akan turut berjumpa suami Rasidah untuk menawarkan kerja jika dia belum mempunyai pekerjaan.
sumber dr berita harian
ada gambaq x?
ReplyDeleteade...tp xleh nak upload :'(
ReplyDeletexkuar ape2pon