Assalamualaikum
Kita sebagai Muslimin digesa jujur dalam segenap perkara termasuk sikap, percakapan dan perbuatan. Akhlak terpuji ini apabila diamalkan bererti kita t mencontohi sifat Nabi pilihan Allah SWT.
Berlawanan dengan sifat jujur ialah dusta dan disebabkan banyak faktor, kita terdedah kepada perlakuan dusta, penyelewengan, perbuatan khianat dan seumpamanya demi memenuhi kepentingan diri. Semua ini disebabkan lemahnya jiwa serta mudah mengikut hawa nafsu.
Berlawanan dengan sifat jujur ialah dusta dan disebabkan banyak faktor, kita terdedah kepada perlakuan dusta, penyelewengan, perbuatan khianat dan seumpamanya demi memenuhi kepentingan diri. Semua ini disebabkan lemahnya jiwa serta mudah mengikut hawa nafsu.
Dalam perniagaan misalnya sering kali terselit unsur ketidakjujuran demi mengaut keuntungan berganda. Peniaga menunjukkan muka manis dan mengeluarkan kata-kata menarik mengenai produk mereka, tetapi hakikatnya dakwaan itu palsu belaka.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiga (golongan) yang Allah tidak berbicara kepada mereka pada hari Kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak menyucikan mereka dan mereka akan mendapatkan seksaan yang pedih, iaitu: orang yang sering mengungkit pemberiannya kepada orang, orang yang menurunkan celananya melebihi mata kaki dan orang yang menjual barangnya dengan sumpah dusta.” (Riwayat Muslim)
Diceritakan oleh Ibnu Abi Aufa: “Seorang lelaki berdagang di pasar, kemudian ia bersumpah: “Demi Allah! Barang ini tiada tandingannya, bermutu tinggi” untuk menipu pembeli Muslim maka ekoran itu turunlah ayat 77, surah Ali-Imran.
Firman-Nya: “Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Ali-Imran, ayat 77)
Rasulullah SAW menyelar orang yang tidak jujur dengan menyembunyikan kerosakan barang dagangannya. Suatu ketika Rasulullah melalui selonggok makanan yang dijual lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan Baginda menyentuh sesuatu yang basah.
Baginda bertanya: “Apa ini wahai pemilik makanan? Si pemiliknya menjawab: Makanan itu terkena air hujan wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas makanan supaya manusia dapat melihatnya? Ketahuilah, barang siapa menipu maka dia bukan daripada golongan kami.” (Riwayat Muslim)
Seharusnya peniaga perlu memiliki sikap berterus-terang dan tidak bermain dengan harga supaya pembeli berpuas hati serta berasa tidak tertipu dan ditindas. Lantaran dengan itu dapat mewujudkan hubungan baik penjual pembeli dan mencapai konsep perniagaan iaitu saling tolong menolong antara satu sama lain.
Tidak dinafikan orang benar-benar beriman tidak pernah terbabit dengan perbuatan menipu. Benarlah seperti diungkapkan Imam Ibnul Qayyim, iman asasnya adalah kejujuran (kebenaran) dan nifaq asasnya adalah kedustaan. Maka, tidak akan pernah bertemu antara kedustaan dan keimanan melainkan akan saling bertentangan satu sama lain. Allah mengkhabarkan bahawa tidak ada yang bermanfaat bagi seorang hamba dan yang mampu menyelamatkannya daripada azab, kecuali kejujurannya.
Jika suka berdusta bukan saja dibenci masyarakat, tidak mencerminkan keindahan akhlak seorang Muslim, tetapi juga tidak selamat daripada mendapat balasan azab setimpal di akhirat nanti.
Hal ini pernah diingatkan oleh Rasulullah SAW: “Tiga (golongan) yang Allah tidak berbicara kepada mereka pada hari Kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak menyucikan mereka dan mereka akan mendapatkan seksaan yang pedih, iaitu: orang yang sering mengungkit pemberiannya kepada orang, orang yang menurunkan celananya melebihi mata kaki dan orang yang menjual barangnya dengan sumpah dusta.” (Riwayat Muslim)
Lazimnya orang yang jujur bekerja dan melakukan sesuatu tugas, maka pasti akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, penuh tanggungjawab, tidak cuai dan tidak suka berpura-pura. Apa yang dilakukan tidak sedikitpun mengharap balasan dan sanjungan tapi semata-mata kerana Allah SWT.
Demi mewujudkan sebuah masyarakat yang berdisiplin, ada semangat setiakawan, bersatu padu dalam suasana aman dan dapat mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang maka setiap orang Islam hendaklah berlaku jujur.
No comments:
Post a Comment
thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)