Saturday, December 15, 2012

Ibadah sambil timba ilmu

Assalamualaikum


Menjejakkan kaki ke tanah suci menjadi impian setiap umat Islam dan pastinya perjalanan menyahut lambaian Kaabah itu memerlukan perancangan teliti.

Justeru, selain keazaman untuk meraih reda Allah, kemudahan melakukan ibadah serta keselesaan sepanjang berada di Tanah Suci antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika membuat perancangan menunaikan umrah atau haji.

 
Jenama Lambaian Kaabah


MASholidays, pengendali pakej percutian Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), dengan pengalaman luas dalam pengendalian perkhidmatan umrah di bawah jenama Lambaian Kaabah sejak awal 1990-an menawarkan pakej umrah yang mampu memenuhi keperluan setiap jemaah.

Menyedari keprihatinan jemaah terhadap keselesaan untuk menunaikan ibadat umrah, MASholidays menyediakan atur cara yang teratur serta profesional.

Pakej Lambaian Kaabah Umrah Firdaus merangkumi pengisian menarik termasuk Modul Khas Cinta Allah dan Rasul, Pemantapan Solat, Kaunseling Keluarga, Motivasi Kecemerlangan Diri dan Rahsia Khusyuk Solat Rasulullah SAW.

Dibimbing pakar motivasi

Lebih menarik, jemaah akan dipimpin oleh pakar motivasi berpengalaman, Datuk Zawawi Yusoh, yang akan membawa jemaah menikmati pengembaraan kerohanian komprehensif melalui pengalaman menunaikan ibadah sambil menuntut ilmu.

Beliau berkata, kursus yang diadakan di Makkah merangkumi kaedah menunaikan solat yang sempurna, bercerita mengenai kisah keluarga dan rumah tangga, menghayati cinta Allah dan Rasul, memberi manfaat berganda kepada jemaah yang mengikuti pakej Umrah Firdaus.

“Sesi pembelajaran yang turut dilaksanakan dalam bentuk permainan interaktif dengan jemaah memberi satu pengalaman baru kepada mereka. Selain dapat menumpukan kepada ibadah, jemaah berpeluang menimba ilmu pengetahuan,” katanya.

Katanya, roh ilmu yang dikongsi sepanjang di Makkah serta Madinah dapat membantu jemaah umrah memahami hikmah di sebalik disyariatkan ibadah umrah seterusnya melakukan transformasi diri ke arah menjadi insan lebih baik sekembalinya ke tanah air.

Pakej Umrah Firdaus pada harga RM6,500 membolehkan jemaah menginap di kediaman empat orang sebilik. Umrah Firdaus juga menyediakan pakej istimewa untuk mereka yang inginkan hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Jemaah yang mengikuti pakej Umrah Firdaus akan diterbangkan terus ke Madinah dan berada di sana selama empat malam sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Jemaah akan berada di Makkah selama tujuh malam.

Selesai Ibadat Umrah jemaah akan dibawa ke Jeddah bagi penerbangan terus ke Kuala Lumpur dengan penerbangan sewa khas MASholidays.


sumber dr Beritaharian




siyes,rindunye nak kesini lg...insyaAllah klu ada rezeki & diizinkn olehNya bulan 3 thn depan akan sampai lg kat sini..amin


Kami ^____^
Alhamdulillah las year pertengahan bulan 3 kami sampai kat sini
semua berjalan dgn lancar,alhamdulillah
tenkiu Allah makbulkn doa hambaMu ini...




No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)