Assalamualaikum
Lelaki berdepan masalah keluarga jika tidak cekap menguruskan rumah tangga
Poligami sering diberi gambaran buruk oleh pihak yang tidak memahaminya menyebabkan kelonggaran berkahwin lebih daripada satu yang dibenarkan Allah SWT menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat Islam.
Poligami sering diberi gambaran buruk oleh pihak yang tidak memahaminya menyebabkan kelonggaran berkahwin lebih daripada satu yang dibenarkan Allah SWT menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat Islam.
Bagi yang menyokong hasrat lelaki berpoligami, nas al-Quran membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu dijadikan hujah. Begitu juga ganjaran payung emas di syurga nanti kepada isteri yang merelakan dirinya dimadu.
Kebanyakan jumhur ulama secara ijmak meletakkan hukum poligami harus kerana berkahwin lebih daripada satu tidak digalakkan dan tidak juga diharamkan," Amir Danuri, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri Johor
Tetapi bagi pihak yang tidak bersetuju atau menentang keharusan poligami pula, mereka akan menekankan pengakhiran firman Allah dalam surah al-Nisa, ayat 30: “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka memadai hanya seorang isteri.”
Sebenarnya, firman Allah SWT membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu menjelaskan syariat Islam yang sewajarnya menjadi panduan kepada umatnya.
Namun, ia bukan ketetapan perlu diambil begitu saja, sebaliknya perlu difahami serta diperdalamkan supaya hikmah di sebalik kelonggaran dibenarkan agama benar-benar memenuhi hikmah ia disyariatkan.
Justeru, bagi Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Negeri Johor, Amir Danuri, permasalahan poligami memerlukan pendedahan serta pendidikan yang berterusan supaya umat Islam jelas mengenainya.
Katanya, kebanyakan masalah yang wujud atau ditimbulkan sesetengah pihak atas kepentingan tertentu membabitkan isu poligami adalah disebabkan tidak faham selain tidak mematuhi undang-undang ditetapkan untuk berpoligami.
“Bagi lelaki yang ingin berkahwin lagi, undang-undang ditetapkan untuk berpoligami dilihat menyusahkan sedangkan Islam katanya membenarkan. Jika diteliti, peraturan itu sebenarnya bertujuan memelihara kepentingan semua pihak terbabit termasuk isteri pertama dan anak.
“Sebab itu pendidikan mengenai poligami perlu dilakukan secara berterusan supaya masyarakat benar-benar faham, bukan dibiarkan mereka terus dengan tanggapan negatif terhadap isu poligami,” katanya pada Wacana Isu-isu Munakahat Pengurusan Poligami di Malaysia: Isu dan Permasalahan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk Prosedur Permohonan Poligami di Malaysia berkata, poligami menjadi momokan kerana ramai yang tidak tahu selain tidak mahu melihat isu itu dari sudut pandang lebih luas.
Amir berkata, poligami sebenarnya lebih kepada pengurusan rumah tangga kerana lelaki yang berkahwin lebih daripada satu perlu bijak mengendalikan rumah tangga dari segi ekonomi mencakupi belanja, tempat tinggal serta aspek lain iaitu giliran yang menjurus kepada keadilan.
Katanya, kebanyakan lelaki tidak menyedari perkara itu dan hanya selepas berdepan situasi sebenar, barulah mereka menyesal. Oleh itu, bagi lelaki yang tidak cekap dalam pengurusan rumah tangga, mereka bakal berdepan masalah selepas berpoligami.
Pada wacana itu, beliau turut ditanya soalan kenapa poligami hukumnya harus sedangkan ada waktunya ia seolah-olah wajib berdasarkan sebab pihak itu untuk berpoligami.
Contohnya, jika niat lelaki itu berpoligami adalah untuk membela nasib wanita berstatus janda atau disebabkan keinginan seksualnya yang kuat dan kerana ingin berdakwah.
Amir berkata, kebanyakan jumhur ulama secara ijmak meletakkan hukum poligami adalah harus kerana berkahwin lebih dari satu tidak digalakkan dan tidak juga diharamkan.
Menjawab persoalan sebab poligami kerana suami mempunyai keinginan seksual yang kuat, Nabi Muhammad SAW sudah memberi panduan iaitu digalakkan berpuasa. Justeru katanya, untuk membincangkan bab poligami, ia perlu selari dengan akidah.
“Jika satu isteri tetapi malas bekerja, bagaimana hendak beristeri dua. Oleh itu perlu faham poligami membabitkan banyak perkara lain. Suka atau tidak, panas atau tidak, wajib belajar mengenai poligami kerana salah satu syariat ditetapkan Allah SWT,” katanya.
Menjurus kepada peraturan mahkamah untuk memanggil isteri pertama sebelum hakim memberi kebenaran berpoligami, tidak dinafikan ia turut mendapat tentangan pihak lelaki tidak kurang juga wanita yang tidak bersetuju dengan ketetapan itu.
Bagi Amir, peraturan itu lebih baik berbanding mendapatkan cap jari isteri pertama saja sebelum akta itu dipinda pada 2003 kerana berdasarkan maklum balas daripada isteri, hakim dapat memastikan sama ada seorang suami itu layak untuk berpoligami atau tidak.
“Jika isteri kata makan minum pun tidak cukup, bagaimana pula nak sara isteri satu lagi. Tetapi ada kes, suami tidak layak dan isteri pula merayu hakim membenarkan suami kahwin lagi kerana alasannya jika tidak, isteri akan dipukul suami.
“Bagaimana hakim boleh beri kebenaran jika hakikatnya dia memang tidak layak. Sebagai hakim, jatuh hukum haram jika dia membenarkan seorang lelaki berpoligami sedangkan tahu akan menimbulkan lebih banyak masalah di kemudian nanti,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tidak dinafikan ada lelaki yang tidak mendapatkan kebenaran mahkamah tetap meneruskan hasrat berpoligami dengan bernikah di luar negara seperti di Selatan Thailand atau di Indonesia. Kemudian, kembali ke mahkamah untuk memohon mendaftar pernikahan.
sumber dr beritaharian
**sungguh aku takut sekali dgn perkataan POLIGAMI vs MADU**
Ya Allah,sesungguh aku hambaMu yg lemah xmampu nak idup berMADU...kuatkn hatiku,berikanlah aku kekuatan**
No comments:
Post a Comment
thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)