Wednesday, September 17, 2014

Sombong, bongkak sifat jahiliah

Assalamualaikum

Allah menerangkan dalam firman-Nya: “Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan apa juga. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, tetangga yang jauh, teman yang dekat dan musafir, juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Surah an-Nisa’, ayat 36)

Antara hadis yang menjelaskan perkara ini, Ma’rur bin Suwaid melaporkan: “Saya ternampak Abu Zar memakai baju yang sama dengan baju orang suruhannya. Saya bertanya kepadanya berkenaan keadaan luar biasa itu. Abu Zar menjelaskan, beliau pernah memaki hamun orang suruhannya dan mencaci ibunya sekali di depan Nabi Muhammad SAW. Lalu, Nabi Muhammad SAW menegurnya dan berkata: Dalam diri saudara ini sebenarnya wujud lagi sifat jahiliah.

Orang suruhan itu saudara sekalian kamu dan juga penolong kamu. Allah meletakkan mereka di bawah tanggungjawab kamu. Sesiapa yang mempunyai saudara di bawah tanggungjawabnya, dia hendaklah memberinya makan apa yang tuannya makan dan memberi pakaian seperti yang dipakai oleh tuannya. Jangan menyuruh mereka membuat kerja yang mereka tidak terdaya mereka lakukan. Tetapi apabila kamu mahu mereka membuatnya juga, kamu wajib membantu mereka.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)



Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW menerangkan: “Apabila orang suruhan saudara membawa hidangan, jika saudara tidak mempersilanya duduk dan makan bersama, saudara hendaklah memberinya satu dua suap makanan, atau satu dua suap makanan yang berlainan jenis. Percayalah orang suruhan itu sebenarnya selesai tugasnya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)
Sumber Riyadus Solihin Taman Orang Soleh

No comments:

Post a Comment

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)