Thursday, August 16, 2012

-: Aidilfitri rapatkan ukhuwah :-

Assalamualikum

 
Balik kampung, ziarah menziarahi pupuk semangat persaudaraan

Falsafah Aidilfitri untuk merapatkan silaturahim dan persaudaraan sesama umat Islam serta ahli keluarga dapat dilihat melalui budaya balik kampung, ziarah menziarahi serta konsep rumah terbuka yang menjadi budaya masyarakat negara ini.

Pendakwah bebas, Mohd Yaakob Mohd Yunus, berkata kesempatan itu wajar digunakan ibu bapa untuk memperkenalkan anak mereka kepada saudara mara yang jarang berjumpa supaya silaturahim dan ukhuwah terus terpelihara.

Selain amalan ziarah-menziarahi, budaya saling bermaaf-maafan juga menjadi tradisi yang sebati dalam kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri”. - Mohd Yaakob Mohd Yunus, Pendakwah bebas
“Oleh itu ibu bapa perlu mengekalkan tradisi ziarah menziarah ketika Aidilfitri ini dengan membawa anak bersama. Jangan biarkan anak kita berkumpul depan televisyen. Pujuk dan jelaskan kepada mereka hikmah di sebalik kunjungan itu.

“Pastinya kita tidak mahu anak tidak mengenali sepupu, bapa saudara atau ahli kerabat yang lain terutama yang tinggal berjauhan. Adalah malang jika kita sering bersua tetapi tidak mengetahui ada mempunyai hubungan keluarga,” katanya.


Perluas ukhuwah sesama umat


Katanya, selain ahli keluarga, ukhuwah perlu diperluaskan dalam kalangan sesama umat Islam kerana setiap manusia yang beriman kepada Allah dianggap bersaudara seperti firman Allah SWT: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)
Rasulullah SAW turut bersabda: “Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Lantaran itu sambutan Aidilfitri bertujuan merayakan kemenangan kerana berjaya menunaikan kewajipan sebagai hamba yang taat perintah Allah turut diterapkan nilai memupukkan semangat persaudaraan serta mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam.

Mohd Yaakob berkata, cara Rasulullah SAW mengatur solat sunat Aidilfitri di tanah lapang (musolla) berbanding masjid supaya dapat mengumpulkan seramai mungkin umat Islam pada satu masa di satu tempat juga tersirat maksud tersendiri.

“Setidak-tidaknya kita semua boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dari seluruh pelusuk negeri akan berkumpul di satu tempat, menghadap Allah dengan hati penuh khusyuk.

“Bersama membaca kalimat tauhid, solat di belakang imam, bertakbir dan bertahlil berdoa kepada Allah dengan ikhlas. Seakan-akan hati kita terikat menjadi satu, dengan itu hari raya benar-benar bermakna.” katanya.

Makna zakat

Beliau berkata, pensyariatan zakat fitrah bukan saja bertujuan membersihkan mereka yang berpuasa daripada perkara menyebabkan ibadahnya menjadi kurang sempurna disebabkan melakukan perkara sia-sia dan mengucapkan perkataan keji.

Malah, pemberian zakat untuk meringankan beban golongan tidak berkemampuan juga bukti tanda kasih sayang umat Islam kepada saudaranya kerana jika mereka bergembira maka saudara mereka juga berhak menikmati kegembiraan itu. Beginilah Islam mengatur sambutan Aidilfitri supaya hati umat Islam bersatu.

Selain amalan ziarah-menziarahi, budaya saling bermaaf-maafan juga menjadi tradisi yang sebati dalam kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri. Amalan itu mampu menimbulkan rasa kasih sayang dan saling hormat-menghormati.

Saling bermaaf-maafan

Mohd Yaakob berkata, bagi mereka yang sudah lama berbalah boleh mengambil keberkatan Aidilfitri ini untuk mempersatukan semula hati dan memperbetulkan keadaan dengan bermaaf-maafan.

“Semoga suasana meriah dan gembira ketika sambutan Aidilfitri boleh mempengaruhi kotak minda seseorang untuk lebih mudah memaafkan kesalahan pihak lain. Apa pun, umat Islam perlu membudayakan sikap bermaaf-maafan bukan sekadar pada Aidilfitri saja,” katanya.

Beliau berkata, ciri orang bertakwa yang dikasihi Allah ialah bersegera melaksanakan amal baik, mendermakan harta tidak kira ketika senang atau susah, menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.
##mood~~xsabar nak balik kg.Tahun ni kn lain raye lg meriah bersame suami+anak,bertambah sudah ahli keluarga kami##


3 comments:

  1. " TLF & family menyusun 10 jari memohon maaf diatas segala ketelanjuran kater
    serta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada
    semua rakan-rakan bloggers
    yang selalu datang menziarah ke blog TLF.
    Aidilfitri hari kemaafan,
    Menghapus kesalahan sesama insan,
    Memupuk perpaduan sesama ehsan,
    Mengikat tali keakraban.

    MAAF ZAHIR DAN BATIN. "

    ReplyDelete
  2. harap tahunni akak akan lebih bersemangat berkunjung rumah sedara mara juga kawan2 lama di kampung...
    selamat hari raya...

    ReplyDelete

thanks sudi baca dan komen kat blog ni :)