Tuesday, April 16, 2013

LiMa 13 pArT 1

Assalamualaikum


Alhamdulillah...tercapai jugak hajat aku nak g nengok LIMA13
da lame aku duk teringin nak pegi nengok ni.
kebetulan jugak en.suami kene standby kat dewan tu,aku ape lagi amek peluang yang adela...hehehe
sebenarnye en.suami dapat projek memasang aircond kat dewan LIMA ni...masa dalam proses duk menyiapkan pemasangan aircond ni pon aku n damia salu jugak turun langkawi
time en.suami busy tehn dia suruh aku datang sane je,aku terpaksa la datang sane
sambil2 jumpa suami,boleh bawa damia jalan2
tp kalu bercerita kat langkawi,sebenarnye xtau nak g mane pon
cuma aku nga damia duk pusing2 shopping kompleks,lepak2 kat pantai cenang,pastu duk la pusing2 kami 2 beranak nga kete
kalau kat langkawi aku biasanye duk hotel langkasuka je senang
bukan ape,sebab nak makan senang,trun bawah lobby je ade shopping kompleks,ade tutti frutti bagai...
kete plak kami xyah nak sewa2 dah...kete en.suami ade kat sane
so,kalu kesane kami naik kereta sendiri je...klu sewa boleh tahan  jugak mahal,nak2 lagi time cuti skolah
ari jumaat petang 29/3/2013 aku dengan nani kawan aku bertolak ke langkawi
kami naik teksi dari kota damansara ke LCCT
kat sane en.suami sedia menunggu weeeee



 

ni la bilik kami...kami hantam je ber4 satu bilik
time2 macam ni memang susah nak dapat hotel atau chalet



pagi esoknye kami pagi2 lagi bangun
bukan ape,takut jalan jammed je
mane nak mandi,nak siap2, nak bekpes lg
lambat2 nanti kang xdan pulak
aku bukan ape,damia ni bukan tahan panas
kalu panas2 nanti dia ngamok,malu aku nanti kalu dan dia ngamok
da siap2 mandi,bekpes then sebelon turun bagi damia minum susu dulu
isi minyak penuh2,jap lagi nak jalan...hehehe











tengok la gambar yang kat atas tengah2 tu
menguap dah si kecik ni...ngantok,tapi nak nengok
pandai plak dia nengok sampai ke atas...hehehe
time ni kami beli je payung kepala sebabnye takde payung yang besar tu
ni pon $15 tau
tapi yang kelakarnye bukan tutup kepala anak,yang tutupnye kepala ayah.anaknye tengah panas...miahaha





tengok muka damia yang kat atas sebelah kanan tu
merah macam hape dah...
kesian dia,tp nasib baik dia tak ngamok sangat masa tu cuma dia nak mamam jela
agaknye syok kot nengok kapal terbang banyak2
jet2 plak duk wat aksi kat udara
last2 terpaksa akur sebab dia nak mamam sangat dah
so,amek port kat bawah kapal terbang besar
buat susu dia then bagi dia mamam dulu...nyaman sebab angin laju je masa tu
cuma orang lain jela yang tatau panas agankye
tak putus2 berduyun2 manusia membanjiri padang


masa ni dorang brenti kejap,sambung lepas lunch pukul 2.30 ptg plak
so,kami pusing2 la kat dalam dewan ni
si nani plak duk pusing sorang2 dia,duk mencari free gift dari mane2 kampeni
then las2 dapat jugak aku join lepas damia tidur
en.suami dan staff dia duk sembang2 kat dalam bilik AHU sambil2 dorang standby
kat dalam bilik tu ade toto,so dapat la damia lelapkan mata jap
sori ye bang,ija bergambar dengan abang pilot yang nani cakap ensem ni...miahaha
tenkiu abang2 pilot sebab sudi sign kat foto ni...^_^





sebelah petang plaken.suami ajak g tengok kapal plak kat awana porto malai
kat sini pon jauh jugakla nak masuk tengok kapal2 tu
kat sane ade 3 kapal besar iaitu kapal dari bangladesh,phuket,tldm
umang aii...besarnye boleh tahan
lebih kurang pukul 4 petang plak ada show dari tldm
dorang buat pertunjukan dengan bot laju

 





Then ahad tu kami balik ke AS naik feri dr jeti langkawi ke jeti kuala kedah
sampai2 je jeti kuala kedah en.suami amek then terus balik umah mak mertua
masa otw balik tu,singgah beli laksa jap untuk balik makan same2 kat umah mak
sampai2 je kat umah,mak mertua masak nasi
nani berselera betol makan nasi dengan ikan pekasam
agak2 da tengah malam barulah kami balik rumah
dan keesokannya kononnye nak bawa nani naik menara alor setar
tapi tak jadi sebab damia demam
merah muka dia sebab panas sangat kat sane kot
tula,maknye xcited sangat nak tengok LIMA
balik tak pasal2 anak demam...hehehe
sebelom bawa damia g klinik
sempat singgah makan laksa ikan sekoq kat depan opis en.suami
makan cepat2 then terus bawa damia g klinik.



Saturday, April 13, 2013

IQra: KoNseP MiSkiN, KaYa

Assalamualaikum


Apa sebenarnya konsep miskin dan kaya. Betulkah kita perlu redha nasib menimpa diri dengan merujuknya sebagai qada dan qadar daripada Allah. Itukah kesimpulan sewajarnya sedangkan pada masa sama kita disuruh untuk berusaha.

Pastinya kita semua pernah mendengar keluhan mereka yang diuji dengan kehidupan miskin yang mengatakan mereka redha ketentuan Allah itu. Di sebalik sebahagian yang lupa dengan kurniaan Allah, masih ramai yang menadah tangan setiap kali diberikan nikmat.
Buku Benarkah Miskin Itu Redha Kaya Itu Bersyukur membawa pembaca melalui jalan ilmiah untuk memahami kedua-dua keadaan tanpa sebarang prasangka kerana sejarah membuktikan kemiskinan dan kekayaan wujud beriringan pada zaman Rasulullah SAW.

 


Perbezaan tidak cetus konflik
Namun, perbezaan itu tidak membawa kepada konflik seperti terjadi dalam masyarakat lain sebaliknya menjadi pencetus kepada semua lapisan masyarakat untuk hidup dalam suasana mesra di Madinah.

Orang miskin redha dengan kemiskinan dan tidak meminta-minta, tidak menyusahkan orang lain sementara yang kaya pula bersifat pemurah serta suka membantu. Kerajaan ketika itu bukan saja menjaga kebajikan yang miskin, malah turut hidup dalam kesederhanaan.

Alangkah indahnya suasana ketika itu dan semuanya berkat keimanan serta ketakwaan kepada Allah. Justeru, membaca buku Benarkah Miskin Itu Redha Kaya Itu Bersyukur bakal membuka pemandangan baru kepada pembaca mengenai konsep miskin dan kaya.
Buku ini sesuai diperhalusi memandangkan keadaan masyarakat akhir zaman yang jauh daripada kefahaman kenapa berlakunya perbezaan serta tidak mencari hikmah yang tersurat di sebalik sedangkan penemuan itu bakal mengubah corak pemikiran terhadap keadilan dunia.



**kdg2 org yg xbrape kaya tp dia rasakan yg dia kaya ni yg ssh,duk berlagak atas hasil usaha org lain.sombong dgn harta yg dipinjam olehNya sehingga lupa diri dan menghina akan kemiskinan org lain...**

Friday, April 12, 2013

JaNgAn PuKuL aNaK kEciL

Assalamualaikum




 
KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS


... Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.

Wednesday, April 10, 2013

GaNjArAN tAmBaHaN RezEki MeNEruSi zAkAT

Assalamualaikum


 

Kita biasa mendengar pepatah Eropah, what you give you get back. Ertinya apa yang anda beri pasti akan dapat semula. Pepatah itu sememangnya benar kerana jika kita berikan kebaikan kepada orang lain, rasionalnya orang lain akan buat kebaikan kepada kita.

Ini adalah sunnatullah yang selalu terjadi. Oleh itu, perkara baik selalu terjadi pada orang baik. Persoalannya, bagaimana untuk mendapat pulangan yang baik. Yang lebih hebat daripada itu, pulangan baik bukan saja di dunia malah di akhirat juga.
Apabila kita memberi sesuatu yang baik yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain, sudah tentu orang itu berasa gembira dan mendoakan kebaikan untuk kita. Antara pemberian yang baik itu ialah zakat yang diwajibkan kepada umat Islam tetapi ramai mengabaikannya.


Beri zakat tak kurangkan hartaSebenarnya dengan menunaikan ibadah zakat iaitu mengeluarkan 2.5 peratus daripada harta kita, harta itu tidak akan berkurang tetapi kita akan mendapat semula pulangan daripada bahagian yang dikeluarkan dengan pulangan yang sangat banyak.

Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Maka, jelaslah apabila seseorang itu mengeluarkan sedekah sunat apatah lagi sedekah wajib iaitu zakat, hartanya tidak akan berkurang.

Zakat daripada pengertian bahasa membawa maksud bertambah, berkembang dan membiak. Ini bermakna dengan berzakat, harta kita makin berkembang. Contohnya, seorang pembayar tegar di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah seorang peniaga.
Beliau telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,000 pada 1991. Berkat zakat yang dikeluarkan secara istiqamah, hasilnya sehingga tahun 2012 dia mampu mengeluarkan zakat sebanyak RM102, 000. Lihatlah, sudah terang lagi bersuluh bahawa zakat boleh mengembangkan harta kita.


Pulangan di akhiratNamun, sebagai hamba Allah yang mana meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, matlamat paling besar yang kita inginkan ialah pulangan di akhirat sana. Ingatlah, setiap kali kita membantu orang yang berada dalam kesulitan di akhirat kelak Allah akan membantu merungkaikan kesulitan yang kita hadapi.

Cuba bayangkan dengan hanya membayar RM8 di PPZ MAIWP anda telah menyalurkan setiap RM1 kepada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Jika anda membayar zakat lebih daripada RM10, makin ramailah insan yang dapat dibantu untuk merungkaikan kesulitan mereka.

Insya-Allah dengan keikhlasan yang benar-benar tunduk pada perintah Allah ini akan menyebabkan anda selamat daripada kesulitan yang besar di hari akhirat kelak.
**In sha Allah akan laksanakan tanggungjwb ni..nak kongsi harta yg ade skit2 dgn yg memerlukannye...**

Friday, April 5, 2013

SeDekAh eRaTkAn PeRsAuDAraaN

Assalamualaikum




 
Ikhlas infak harta kepada golongan miskin suatu pelaburan akhirat
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Surah Fatir, ayat 29)

Menginfakkan harta di jalan Allah SWT adalah pendekatan al-Quran bagi memanfaatkan harta dan mendidik hati orang Mukmin supaya membina kehidupan atas perasaan tanggungjawab kepada orang lain. Allah SWT mengingatkan apa yang diinfakkan itu bukan milik peribadi kita sebenarnya tetapi harta adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk sebahagian daripadanya dibahagikan kepada orang lain.



Buang sifat kikir

 

Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya ‘Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam’, menyebut salah satu nilai rabbani paling utama dalam Islam ialah penetapan bahawa manusia bukannya pemilik harta yang hakiki tetapi hanya diberi kuasa untuk memanfaatkan harta Allah.

Mereka menginfakkan hartanya ini disifatkan oleh Allah SWT sebagai orang yang mengharapkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Mereka menyedari rahsia keuntungan sebenar ialah apabila dapat melakukan pengorbanan dengan membuang sifat kikir dan kedekut yang membelit jiwa lalu membelanjakan harta mereka sama ada secara sulit atau terang-terangan.

Sudah tentu orang yang bersedekah secara sulit akan membebaskan diri daripada perasaan riak serta meninggi diri dan dalam masa sama dapat menjaga air muka penerima.

Manakala sumbangan yang diberikan secara terang-terangan adalah sebagai peringatan kepada yang mampu supaya turut menyumbang selain sebagai pendinding daripada tohmahan manusia bahawa dia seorang bakhil yang tidak menghiraukan kesusahan orang lain.

Golongan ikhlas membantu

Antara tujuh golongan yang mendapat naungan arasy Allah di akhirat ialah orang yang ikhlas membantu orang lain.

Sabda Rasulullah SAW: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungan-Nya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu dia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)



Sedekah secara sembunyi

Orang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa diberi oleh tangan kanannya ialah gambaran mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya.


Pasti akan ada juga perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian serta sanjungan daripada orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

Ramai juga rasa tidak puas jika pemberiannya tidak diketahui orang apatah lagi sekiranya sedekah itu bernilai tinggi. Walau bagaimanapun, sedekah kecil dengan hati yang ikhlas akan diterima Allah manakala Allah menolak sedekah yang banyak tetapi dipenuhi rasa sombong dan riak.

Ulama berpendapat maksud pemberian yang harus disembunyikan ialah pemberian sunat manakala yang dimaksudkan pemberian perlu dihebahkan adalah pemberian wajib iaitu zakat kerana menzahirkan ibadah wajib adalah dituntut seperti solat wajib serta berzakat.

Di dalam melakukan ibadah wajib, berzakat lebih utama untuk dizahirkan berbanding solat kerana lebih mudah untuk bersolat dalam waktunya berbanding berzakat yang dihimpit dengan perasaan bakhil untuk memberi.

Ketika Allah SWT membicarakan sifat orang yang bertakwa, Allah SWT menyatakan salah satu daripada sifat itu ialah orang yang menginfakkan harta di jalan-Nya.

Firman Allah SWT: “Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” (Surah Az-Zariyat, ayat 19)

Apabila kita menyumbang sudah tentu kita akan sumbangkan kepada golongan yang memerlukan dan tidak berkeupayaan seperti fakir miskin yang mana dengan sumbangan itu golongan fakir miskin ini akan merasakan mereka masih diberi perhatian oleh orang berada.
 

Semangat persaudaraan
Pastinya tiada irihati di hati si fakir di samping akan ada doa yang dipohon oleh mereka untuk golongan berada. Tambahan lagi, pemberian sedekah dalam konteks Islam adalah manifestasi semangat persaudaraan yang diibaratkan sebagai sistem takaful untuk membantu orang memerlukan.

Kesimpulannya, setiap yang terbabit dengan perniagaan tidak mahu rugi. Allah mengajak kita supaya membina perniagaan dengan Allah yang pasti kita tidak akan rugi selama-lamanya iaitu menginfakkan harta sama ada dalam bentuk tuntutan wajib atau yang sunat.

Penulis ialah perunding motivasi Islam Fitrah Power Resources