Friday, September 28, 2012

-: Liquid Cleanser jd mandian Damia... :-

Assalamualaikum

Ni kes minggu lepas bila ayah damia dtg sni
ari sblom tu ayah dia ade kje kat kl...jumpe kwn dia
esoknye 19 sept dia xde kje n xde xtvt pape
so,dia request nak jaga damia kat umah...jdnye aku xpyh nak nak kua awl2 g kje pg tu sbb xpyh nak tempuh 9 trafic light...huhu
kbtlan aritu jgk ktorg ade internal audit file ISO kat banting.so,nak kne kua awl jgk la ckit abb nak kne travel jauh kn
aritu duduk la damia kat umah nga ayah dia...hehehe

benda alah ni sbnrnye duk kat atas sinki sblah je pencuci pinggan
biase ade je sblh LC tu sabun mandi Damia
alangkah bertuahnye Damia aritu dpt mandi nga LC tu
agaknye pg,tghr tu ayah dia mandiakn dia dgn tu la ye
ni aku dpt tau sbb bila ptg tu aku balik kje lbh kurg pkul 6ptg,sampai2 aku tgok dia da nak mandikan si bambam dia tu
ko tau dak...alagkah terkejutnye bile aku tengok dia mandikn Damia dgn LC tu..
klu korg rs mcm nak marah ke atau cemane?
yg si bambam tu plak tergedik2 galak bile dpt main air
ayahnye plkak syok je duk sabun si bambam tu,yela lepas picit..picit lg
aku menjerit sbb terkejut tgok dia mandikn dgn LC baru dia pasan tu LC,bukan sabun Damia...hahaha
lps tu blh ckp..."eh abg xprasan tu LC..biasakn sabun mandi adik ija letak kat sni"
aku pon ckp balik..."aik...xkn xprasan kot,sabun mandi adik kn bekas purple.sabun mandi adik da abes,ija blom letak yg baru lg..."
haishhh..cepat2 aku amek sabun mandi baru letak kat situ then mandikn balik Damia
kecian kat Damia ritu kne mandikn dgn LC


see...biasanye sabun mandi Damia duduk nye mcm tu
yg anakku tu display je..hehehe
Damia pkai carry junior...^__^

Thursday, September 27, 2012

-: Lepak2 bersama ayah&ibu,aunt :-

Assalamualaikum

Balik kje ni la ari2 nak kne mlayan dia
asal letak je dia skg trus nanges..takut btol org tinggal dia
dia da reti da skg...bile amek balik dia trus senyum mcm muka xbersalah plak...geram kn
tp ape blh buat,da satu hari suntuk duk nga ibu lyn dia...mesti la time balik tu nak manje2 nga ibu dia plak

bleh senyum lg,duk tgh nanges tu
memg xleh nak g mane2 bile da ade kat umah...nasib la aku siap2 solat kat opis sblm balik
bukan ape,tkut jem truk kn xdan plak nak solat asar kat umah
memg tiap2 ari solat kat opis trus sblm balik...^__^
sampai2 umah plak,duk mlayan dia jela,masak pon kadang2 dukong dia...tp ko tau la kan,tgn budak cemane...ade je benda yg nak di capainye....sabar jela


idong npet...ngeee

tgok tu...dia da pandai wat muka da




peyut tu mok btol...mnum byk sgt la tu

blurrr...





ni la kje dia klu letak dia kat walker
ko nak marah ke @ ko nak cubit dia?


sebok dia kn...nampak mcm dia tekun jek sepahkn paper tu


abes tangan2 n muka dia itam kne kaben paper tu
haisss...xpsl2 nak kne basuh plak tgn dia...dia ape lg...suke la dpt main air










muka ngada2 dia...hehehe

-: Manje2x sblom ayah balik.... :-

Assalamualaikum

**Mood sedey nak kne tinggal lg...hurm

time ni Damia da nak berpisah balik da nga ayah dia...huaaaaaaa
sedeynye...tloooooooooong jgn tinggalkn kami >..<


tengok tu...ayah  patah balik nak dukong lg skali si bambam dia tu
yela...mane ade ayah ibu nak berpisah nga anak kn...mesti la xsanggup
tp apakan daya,blom sampai waktunye lg tuk kami duk sebumbung
insyaAllh,tgh usaha mencari patner tuk pertukaran balik ke sane
berusaha trus berusaha lg...xputus asa trus berdoa jg **mood sedey n tanak berpisah**


umang ai..muka siyes btol anak ibu ni
ni kat epot subang...anta incit hb nak balik AS slpas sminggu dia bersame kami...hehehe
si bambam stiap kali ayah dia nak tinggalkn dia mcm dia tau2 je
bdk kecik pon tau org nak tinggal dia,apatah lg si ibunye..hurm
dia salu akan pegang ketat2 ayah dia...bile aku nak amek dia,dia wat dek je
trus kalih ke blakang tnk tgok aku
maknanye dia pon paham n nak bersame ayah dia
tp apak daya...sabar ye dik,ade rezeki kite nnt kite balik duk sane nga ayah T______T


ni baru muka ceria ckit...huhu
ayahnye pon 2 3x letak amek letak amek si bambam dia sorg ni
katanye xsanggup nak berpisah...nanti rindu katanye
huaaaaa....terharunye ai

-: Enam cara capai keredaan Allah :-

Assalamualaikum


Cara untuk mencapai keredhaan Allah

Apapun yang kita laksanakan dalam kehidupan di dunia ini, seharusnya menuju kepada matlamat memperoleh keredaan Allah. Tidak kira usaha kita sekecil manapun, ia seharusnya menepati jalan dibenarkan agama dan tidak mudah hanyut dan tersasar daripada landasan ditetapkan.

Untuk lebih jelas bagaimana cara kita mampu mencapai keredaan Allah, beberapa panduan dikemukakan Imam at-Tirmizi yang mungkin dapat memberi ruang kepada kita bermuhasabah diri.
Pertama, kita mesti bertaubat kepada Allah. Menurut beliau, tiada jalan sebaik taubat dalam usaha meraih keredaan Allah. Panduan beliau ini memang tepat seperti diperintahkan Allah kepada kita.

Banyak sekali ayat Allah memperkatakan suruhan bertaubat. Antaranya ialah dalam surah al-Baqarah, ayat 222 yang membawa maksud: “Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.”

Allah SWT juga berfirman bahawa orang bertaubat adalah insan yang akan mendapat kebahagiaan. “Orang yang bertaubat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang mukmin itu.” (At-Taubah: 112)

Kedua ialah hidup dalam keadaan zuhud. Menanamkan sifat zuhud menjadi agenda sangat penting kerana tanpanya akan mengakibatkan terbit nilai peribadi keji seperti bersikap tamak terhadap hal keduniaan.

Rasulullah SAW berpesan kepada kita yang zuhud terhadap dunia tidaklah bermakna kita mengharamkan yang halal dan tidak mahu berusaha mencari harta kekayaan, tetapi zuhud yang sebenarnya dan menepati erti makna ialah adanya keyakinan dan berqanaah terhadap apa yang dikurniakan Allah.
Pesanan ketiga at-Tirmizi ialah sentiasa berusaha melawan hawa nafsu. Sesungguhnya orang yang ditenggelami hawa nafsu menjadi ‘lubuk kegemaran’ syaitan kerana orang sedemikian mudah dilalaikan dari menjalani kehidupan berasaskan kepatuhan terhadap perintah Allah.

Petua keempat ialah kita mencintai Allah SWT melebihi dari segala-galanya. Hal ini bertepatan apa dinyatakan Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah. Kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu akan dicintai Allah.” (Ali-Imran: 31).

Seterusnya kata Imam at-Tirmizi lagi, “Kita hendaklah juga menyerapkan ke dalam jiwa rasa takut kepada Allah SWT. Ini kerana apabila rasa takut itu sebati dalam hati dan jiwa, seseorang akan berusaha melakukan yang terbaik dalam amal ibadah dan memperbanyakkan amalan soleh.”

Pesanan terakhir Imam at-Tirmizi ialah manusia perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan cara mendirikan solat khasnya yang wajib termasuk sunat.

Wednesday, September 26, 2012

-: Bersegera lakukan kebajikan raih maqam terpuji :-

Assalamualaikum


Mukmin perlu manfaat masa terluang dengan amalan baik

Kehidupan dunia ini memiliki tiga waktu yang berbeza iaitu kelmarin, hari ini dan esok. Kelmarin dan waktu lampau tidak akan kembali, sehingga kita tidak mungkin menjengah kembali masa silam.

Hari ini adalah satu anugerah kurniaan nikmat Ilahi yang tidak ternilai kepada setiap hamba Allah, sehingga mereka yang bijaksana akan memanfaatkannya dengan memperkukuhkan keimanannya dan bersegera melakukan amal soleh.

Sedangkan hari esok adalah satu rahsia Ilahi yang tiada seorang pun dapat mengetahuinya secara pasti.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat mengenai hari kiamat. Dan Dialah juga yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

Sementara itu, umur manusia memiliki dua sifat iaitu pertama, ia tetap akan berjalan terus tanpa henti, baik manusia sedang mengalami kesedihan mahu pun kegembiraan, sihat atau sakit, muda atau tua.

Kedua, umur yang telah berlalu tidak akan pernah kembali sehingga tiada guna penyesalan yang terjadi ketika mana kesempatan yang hilang tadi tidak akan akan muncul. Berdasarkan kenyataan itu, maka Allah SWT memberikan petunjuk-Nya supaya setiap insan bersegera melakukan kebajikan.

Allah SWT berfirman: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133)

Rebut lima perkara

 Daripada Ibnu Abbas, dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa hidupmu sebelum matimu, masa sihatmu sebelum datangnya sakitmu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu, dan masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sejarah Islam mencatatkan bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq memiliki keutamaan dalam kalangan sahabat lainnya dengan dua keistimewaan. Pertama, beliau adalah seorang sahabat yang senantiasa membenarkan Rasulullah SAW.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW memberinya gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang selalu membenarkan kata dan ucapan Rasulullah SAW.

Kedua, Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang sentiasa menjadi orang pertama dalam banyak hal. Oleh sebab itu, beliau termasuk dalam kelompok perintis perjuangan dakwah pada era Rasulullah SAW, lebih dikenali Al-Sabiqun Al-Awwalun yang dijanjikan Allah SWT syurga.

Firman Allah SWT: “Dan orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang Muhajirin dan Ansar, dan orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (Surah al-Taubah, ayat 100)
Perkara utama dalam kehidupan

Sifat bersegera melakukan kebajikan dan menjadi orang yang pertama dalam banyak hal adalah menjadi perkara yang penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana sifat itu akan memenuhi keperluan yang mendesak, mententeramkan jiwa di samping memberikan kepastian muktamad.

Yang paling menariknya, sifat membenarkan dan bersegera adalah gabungan dari sifat kemuliaan dan jika keduanya bersatu pada diri seseorang, akan melahirkan kesempurnaan.

Hadis Ibnu Abbas, Rasulullah SAW ada menceritakan mengenai 70,000 orang daripada umatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diselamatkan daripada seksaan api neraka. Lantas salah seorang sahabat Nabi SAW bernama Ukashah bin Mahsan berkata: “Ya Rasulullah! Doakanlah aku supaya aku termasuk salah seorang daripada golongan mereka.

Rasulullah SAW menjawab: “Engkau sebahagian daripada mereka. Kemudian seorang sahabat yang lain berdiri dan berkata: Doakanlah juga aku termasuk dalam golongan mereka wahai Rasul! Rasulullah SAW menjawab: Ukashah telah mendahuluimu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jawapan Rasulullah SAW ini mengisyaratkan bahawa golongan yang bersegera dan juga menjadi golongan pertama sebenarnya memiliki maqam istimewa dengan orang lain, termasuk dalam urusan agama.
Kualiti orang yang sentiasa bersegera.

Apatah lagi dalam realiti kehidupan, umumnya semua orang mengetahui yang bersegera dan menjadi yang pertama jelas berbeza kualitinya dengan orang bergerak lambat serta pemalas.

Dalam Islam, sifat bersegera dan menjadi yang pertama adalah terhormat. Oleh itu, Rasulullah SAW sering kali berpesan kepada umatnya supaya tidak mensia-siakan waktu yang terluang tanpa pengisian amal terbaik.

Setiap Muslim hendaklah menginsafi waktu yang sedang berlangsung ini sangat berharga dan tidak dapat diganti sama sekali. Kekosongan yang tidak diisi dengan amal kebaikan akan terisi oleh keburukan dan begitu juga, kesempatan yang tidak diambil segera terlepas dari tangan.

Allah memberi panduan supaya waktu yang kosong hendaknya diisi dengan amalan berfaedah dan berkebajikan. Allah SWT berfirman: “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).” (Surah al-Insyirah, ayat 7)


-: Jejak kasih after 14thn terpisah :-

Assalamualaikum



Thun ni turn umah aku kat kg klantanese...huhu
thun ni jgk aku dpt cuti 8hr,so 4hr di klantan,4 hr lg di kedah...huhu
amat2 la bosan kat kedah...**mood xsuke balik sane sbb....**
jejak kasih ni bermula pabila incit hb buat open house (open opis)...hehehe
lepas keesokan harinye,aku try ajak incit hb g jln2 braye kat umah kwn kat SP
alhamdulillah,nasib baik incit hb nak...so,koling2,msg2...janji2 akhirnye sampai jgk aku kat umah Noorfaiza kat taman mergong
korg tau dak,da 14 thun kami xjumpe lepas2 abes skolah men dulu2
memasing sambung blaja,ade yg kje awl...so,xdan nak kontek la

yg tudung pink tu norazira (mekno jira)
yg tgh tu noorfaiza (jaja)
padahal duk skpg nga tudung pink tu...tp xpenah jumpe...hehehe


kami ni name je duk skampung,tp xpenah jumpe
sume kawen nga org kedah je...:(


masih cun x kami2 ni?
sume da jd mak2 bdk...huhu





takutnye nengok mata ai tu da mcm hantu ponti T___T





tah ape yg kami duk sembang tu ye..


lepas2 balikdr uma jaja,kami singgah jap kat pacific
sbb da janji nga anak2 buah nak main bowling
ni aniq yg beria2 nak lawan bowling


wah...kakak
da mcm shalin plak,ade gaya


incit hb plak sbnrnye dia xmain
tp tetiba plak tergedik2 nak main...jeles la tu tgok org main
dia sempat pkai stokin adik aku punye...hehehe





tengok tu...tah pape dia baling.hahaha


xpe,bg la chance kat dia baling jap
dia nak tunjuk skil..huaaaa
da rope mcm pro plak...tp not bad la dia main even pon bukan salu main bowling


 si bambam ai plak...ape lg
main la dia lepas kenyang mnum susu
mane la reti duk diam bdk kecik ni
kompom nak meniarap je dia


amek kaw...sampai juling2 mata si bambam ni


dpt duk meniarap suke la dia...bebas


bantal dia tu xkn tinggal tau...mesti ade
bau busuk pon dia tetap isap ujung2 bantal tu sblm tdo...hehehe


 hai...siyes nampak
mesti da bosan ek


ni pon takan lepas kalu dia nak tido...dpt nyonyot sekejap pon jd la
pastu tertido tu mesti dia buang sendiri


alolo...main2 plak dia
nak kene cubit paha ni ye


oke..abes cite braye di umah kwn skolah dulu n main2 bowling nga anak2 buah

Tuesday, September 25, 2012

-: Allah selamatkn kamu 3x :-

Assalamualaikum

Alhamdulillah...arini genap sudah umo Damia 7 bulan (25/2/2012)
Semoga Damia diberi kesihatan yg baik,
dipanjangkan umo,
dimurahkan rezeki selalu,
menjadi sorg anak yg solehah,
menurut perintah & suruhan Allah,
mudah menerima ilmu agama,dunia & akhirat,
menjadi kakak yang baik untuk adik2 dia satu hari nanti,
menjadi seorang wanita yg beriman,kuat ilmu agama,sabar,bertanggungjawab,amanah,
dan semoga diberi keberkatan idup didunia n diakhirat
ayah & ibu sentiasa mendoakan yg terbaik buat kamu dik...
ayah & ibu sayang kamu ketat2x...muuuuuuaahhh


... ♫♪ ♫♪ ♥☼ =)

-: Muzium Telekom di JRC :-

Assalamualaikum

1st time melawat muzium telekom di jln raja chulan
name je kje tM,tp xpenah sampai sane...huhu
teruk btolkn..T__-
mgu tu 10&11/9 aku kne attnd trenin kat exch JRC
trenin under AG instructor Lead Soft Switch System Overview
aku kalu kne attnd trenin mem ckup mls sgt2,tatau nape
salu aku memg ngantuk giler bile dlm kelas
ckup mls sbb nak kne naik tren ke kl sentral,pastu nak kne naik LRT ke masjid jamek plak,pastu nak kne jln kaki plak...huaaaa










ni la building JRC
memg ssh nak parking kete kat sane


org sah alam masuk kay el...pastu bile lunch tatau nak lunch kat mane
kedai pon ssh skit la
pastu kne la koling2 kwn2 yg kje area situ...kn ssh


 so,mkn la kami kat sini..huhu


berhadapan dgn JRC adalah exch Bukit Mahkamah
da rope mcm balai polis kn


las2 kami lunch kat kantin muzium telekom jela...nak wat cemane,kat exch JRC tu ade jamun raye kot
xkenal dorg takan tetiba nak g open house dorg plak...wat malu je...hehehe
siap2 mkn,ms nak kluar muzium tu
ade la sbijik motor ni
aku xpenah tgok motor pesen ni
memg cntik dol
hanya org2 kaye je mampu beli ni oi...kompom mahal giler kn
so,ape lg...cepat2 la aku snap gbr
mane tau kot2 tgok2 nnt mlm blh mrase naik motor tu dlm mimpi...huahaha


gler kn...dgn slamber je aku duk amek gbr motor ni
memg xmalu btol ini bdk..huhu


xpuas ht la...naik amek kat atas plak
saje nak bg incit hb ai tengok...mane tau kot2 dia pon berkenan n dpt naik dlm mimpi...huaaaahahaa